Isnin, 1 November 2021

GEROMBOLAN TEGAS - SYABAS

 




Tolak kerjasama dengan Bersatu muktamad, kata Umno Melaka

UMNO Melaka sebulat suara menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu, kata pemimpinnya Mohamad Ali Mohamad.

Timbalan pengerusi Umno Melaka itu berkata semua enam ketua bahagian parti di Melaka sebaliknya mahu kerjasama antara PAS dan Umno di dalam Muafakat Nasional (MN) diperkukuh.

“Semua bahagian, enam ketua bahagian dalam Melaka, memutuskan kita tak akan bekerjasama dengan Bersatu.

“Di sini juga ingin dijelaskan, ketua bahagian di seluruh Melaka setuju untuk adakan hubungan dalam MN bersama PAS dalam menghadapi PRN Melaka.

“Ini jelas menunjukkan keputusan kami buat adalah atas kehendak akar umbi ahli Umno atas apa yang dilakukan Bersatu kepada ahli Umno terutamanya di Melaka di mana hubungan kami dengan Bersatu di akar umbi tidak ada langsung,” katanya.

Dalam sidang media yang turut disiarkan secara langsung di laman media sosial, beliau menegaskan ahli Umno akar umbi tidak akan bersetuju untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam PRN itu.

Pendirian itu sudah dinyatakan dalam pertemuan mereka bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang berlangsung semalam, katanya.

“Jika ada hubungan dalam PRN nanti ahli parti akan tak bersetuju dengan apa juga keputusan bersama Bersatu.

“Ini jelas untuk berikan gambaran kepada semua ahli Umno supaya jentera yang akan digerakkan tak berbelah bahagi dalam proses membantu parti memenangkan PRN di Melaka,” katanya.

Tegasnya, pendirian yang dinyatakan mereka hari ini muktamad dan tidak akan berubah.

“Ini ketetapan terakhir kita buat, tidak ada lagi perbincangan atau apa-apa nak diadakan pendekatan bersama Bersaru kerana kita nyatakan pendirian dan tak boleh berbalik lagi.

“Yang kita mahu kerjasama atau kukuhkan MN bersama PAS,” tegas Mohamad Ali.

Beliau juga mengumumkan, seluruh anggota Umno kini boleh memulakan kempen dan tidak lagi mempersoalkan isu kerjasama dengan Bersatu.

“Kepada seluruh ahli Umno Melaka, sudah boleh bergerak dan jangan ada suara kita nak bersama atau tidak (dengan Bersatu)...

“Keputusan sudah dibuat tak bersama Bersatu tapi akan kukuhkan MN bersama PAS,” katanya.

Beliau juga menyeru PAS Melaka untuk turut bersama Umno mengukuhkan MN Melaka bagi gerak kerja kempen PRN Melaka.

Mohamad Ali percaya langkah itu mampu mengelakkan perpecahan umat Melayu dan Islam di Melaka, memandangkan kedua-dua parti mempunyai bilangan pengikut yang ramai.

“Ada tanggapan pesuruhjaya PAS Melaka tak mahu ada perpecahan, tapi saya jelaskan kalau mereka tak setuju bersama Umno, perpecahan kalangan umat Melayu dan Islam akan lebih besar.

“Umno di Melaka besar, kalau PAS tak bersama Umno, PAS memilih perpecahan lebih besar.

“Bersatu parti kecil, kita letakkan harapan PAS fikir sebaiknya untuk bersama dan akhirnya Umno dan PAS dapat bersama dalam PRN dan menawan semula Melaka dengan lebih selesa,” katanya.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno pada Sabtu mengumumkan usaha mengelak pertembungan antara semua parti kerajaan dalam PRN itu.

Katanya, pertembungan tiga penjuru dalam PRN itu, pasti akan memberi keuntungan kepada pihak lain.

Setakat semalam, PAS pula masih berharap agar parti itu masih dapat bekerjasama dengan Bersatu dan juga Umno bagi PRN 20 November itu.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan perkara itu selepas ketiga-tiga parti mengadakan perbincangan pada Sabtu. – 1 November, 2021.

 INI KEPUTUSAN

AMAT BAIK

AMIN

GEROMBOLAN

TEGAS BERANI

AMIN

LEBAI KANG KANG

HANYA DAPAT

SATU PELANGAN

KHALAS

PRN MELAKA

LAWAN 3 PENJURU

AMIN

SEMUA INI

PETANDA BAIK

UNTUK PAKATAN

AMIN

 JANGAN LUPA 

TALI  GANTUNG 

MAKIN RAPAT 

PADA ZAHID 

KHALAS

AMIN

1 ulasan:

izzy berkata...

parti Kang Kang cari mana yang boleh bagi dia orgasma berkali Kali.....ha ha ha