Selasa, 2 November 2021

POLIS MASUK PENJARA

 



Rasuah: Hukuman penjara tiga tahun terhadap bekas inspektor polis kekal

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM125,000 ke atas seorang bekas pegawai polis berpangkat inspektor yang didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah RM25,000 enam tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim  Kamaludin Md Said menolak rayuan Mohd Izwan Jamalud Din, 38, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 13 Ogos 2019.

“Mahkamah mendapati hukuman penjara tiga tahun bagi kedua-dua pertuduhan dihadapi perayu tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan penjara maksimum 20 tahun seperti diperuntukkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Oleh itu, sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh kedua-dua mahkamah sebelum ini, (Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu) adalah selamat dan berpatutan.

“Bagaimanapun, mahkamah berpendapat hukuman penjara tiga tahun yang dikenakan terhadap perayu kerana kegagalannya membayar denda patut dikurangkan. Justeru itu, hukuman penjara tiga tahun itu dikurangkan kepada setahun enam bulan,” kata Hakim Kamaludin yang bersidang bersama-sama  M. Gunalan dan  Hashim Hamzah.

Mohd Izwan  yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Tapah, Perak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM125,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 25 Feb 2018.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Izwan didakwa secara rasuah menerima suapan RM5,000 daripada Syahrull Sharahudeen sebagai dorongan untuk tidak menangkap lelaki itu yang disyaki terbabit kesalahan dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 di belakang restoran KFC di Kuala Berang, pada 6.25 petang, 20 Ogos 2015.

Mohd Izwan, yang ketika itu bertugas sebagai Inspektor Penyiasat Narkotik G di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Hulu Terengganu, juga didakwa secara rasuah meminta suapan RM20,000 daripada individu sama sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya di sebuah rumah di Kampung Durian Kassim, Ajil, Hulu Terengganu, pada 8 malam, 15 Ogos 2015.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Izwan dipenjara tiga tahun dan didenda RM25,000 atau penjara 12 bulan manakala bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara tiga tahun dan didenda RM100,000 atau penjara 24 bulan.

Kedua-dua hukuman penjara diperintahkan berjalan secara serentak iaitu tiga tahun  bermula 25 Februari 2018.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Ghafar Abd Latif mewakili pendakwaan selaku responden manakala perayu diwakili peguam Amirul Ridzuan Haniff. – Bernama




 ABANG POLIS

TAK FAHAM

KAH KAH KAH

RAMAI ORANG

TAK FAHAM

AMIN

INI  MALAYSIA

NEGARA ISLAM

KAH KAH KAH

AMBIL RASUAH 

JUTA JUTA

MACAM NAJIB

MACAM KU NAN

TAK MENGAPA

AMIN

TAK AKAN KENA

PENJARA

AMIN

PARTI ISLAM

AKAN HALALKAN

KAH KAH KAH

AMBIK  RASUAH

RIBU RIBU AKAN

RATUS RATUS

AKAN DIDAKWA

MASUK PENJARA

KAH KAH KAH

UNTUK DIJADIKAN

CONTOH 

SPRM & POLIS

 BUAT KERJA

KAH KAH KAH

CONTOH

UNTUK DILIHAT

NEGARA ISLAM

LAWAN RASUAH

KAH KAH KAH

LU TAK CAYA

LU GI 

TANYA  DIN AYAM

MENANTU HADI

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: