Selasa, 2 November 2021

LANGKAH TEPAT GEROMBOLAN

 




Semua 6 Bahagian UMNO Melaka jelaskan kepada PM kekal tolak Bersatu

MELAKA – Kesemua enam Ketua UMNO Bahagian Melaka menegaskan pendirian untuk kekal menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Mohamad Ali Mohamad berkata, sebaliknya mereka dan semua ahli bahagian akan terus mengukuhkan hubungan dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN). 

“Pendirian kita jelas, seluruh Ketua Bahagian dan ahli-ahli UMNO Bahagian negeri Melaka tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam menghadapi PRN Melaka.

“Apa yang kita mahukan adalah kerjasama memperkukuhkan Muafakat Nasional bersama Pas,” katanya pada sidang media di Klebang di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka; Datuk Abdul Razak Abd Rahman; Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya Datuk Mohd Ridzuan Mohd Ali; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah Datuk Rospandi Leman; dan Ketua Pemuda UMNO Kota Melaka Mohd Noor Helmy Abdul Halim.

Mengulas lanjut Mohamad Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berkata, penolakan semua enam Ketua UMNO Bahagian itu terhadap Bersatu juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam satu mesyuarat di Masjid Tanah malam tadi.

Ditanya bagaimanakah reaksi  perdana menteri yang juga Naib Presiden UMNO dalam pertemuan itu, Mohamad Ali berkata, perkara tersebut akan dfikirkan Ahli Parlimen Bera berkenaan.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan fikirkan tapi inilah pendirian kita.

“Maknanya, apapun berlaku kita di negeri Melaka tidak akan bekerjasama dengan Bersatu,” katanya. 


 GEROMBOLAN

BUAT LANGKAH

BIJAK LAGI TEPAT

AMIN

DENGAN DASAR

INI PELACUR

MATI TENGAH JALAN

KAH KAH KAH

TAK TAHU NAK

KANG KANG

KAT MANA

KAH KAH KAH


Tiada ulasan: