Sabtu, 6 November 2021

TAHNIAH DAP

 




Anthony Loke ketuai DAP pada PRN Melaka

AHLI Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook akan menjadi pengarah jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP bagi Pilihan Raya Negeri Melaka, kata setiausaha agung parti Lim Guan Eng hari ini.

“Setiausaha penganjur kebangsaan DAP Loke akan menjadi pengarah CEC DAP pada 20 November manakala pengarah pilihan raya negeri adalah Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong,” kata Ahli Parlimen Bagan itu dalam satu kenyataan.

Semalam, DAP mengumumkan lapan calonnya bagi PRN Melaka, dua daripadanya muka baharu.

Calon penyandang adalah Saminathan Ganesan (Gadek-N07), Kerk Chee Yee (Ayer Keroh-N16), Allex Seah (Kesidang-N19), Low Chee Leong (Kota Laksamana-N20), Damian Yeo Shen Li (Duyong-N21) dan Tey Kok Kiew (Bemban-N24).

Calon baharu adalah Muhamad Danish Zainudin (Pengkalan Batu-N15) dan Leng Chau Yen (Bandar Hilir-N22).

Lim menggesa pengundi Melaka mengundi calon yang berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

“Kerajaan negeri masa depan dan kerajaan negeri yang dipilih mestilah inklusif dan tiada diskriminasi.

“Kerajaan BN Melaka menunjukkan bahawa ia kerajaan yang berpecah belah, mengamalkan dasar memihak kepada kroni dengan mengorbankan rakyat.

“Pengundi Melaka harus mengambil peluang ini untuk menolak calon BN atau PN yang mengamalkan agenda politik melampau,” katanya.

Lim mengulangi peruntukan tidak adil dalam Bajet 2022 terhadap masyarakat bukan Melayu bagi menonjolkan dasar BN yang tidak mewakili semua rakyat Malaysia.

“Kerajaan mengumumkan peruntukan Bajet 2022 untuk masyarakat bumiputera sebanyak RM11.4 bilion dengan masyarakat bukan bumiputera menerima kira-kira RM300 juta.

“Ini menghasilkan kira-kira RM577 bagi setiap bumiputera, RM75 bagi setiap India dan RM15 bagi setiap Cina. Adakah ini patut dan keadilan dalam kerajaan selain (konsep) Keluarga Malaysia Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob?

“Malangnya, sukar bagi Ismail menasihati kerajaan negeri Melaka supaya menjadi wakil kepada semua masyarakat apabila Bajet 2022 jelas dan tidak menyebelahi masyarakat bukan Melayu,” kata Lim.

Pakatan Harapan (PH) memperuntukkan 11 kerusi untuk PKR, 9 bagi Amanah dan 8 untuk DAP pada PRN Melaka. Dewan Undangan Negeri mempunyai 28 kerusi.

Penduduk Melaka akan keluar mengundi pada 20 November dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 8 November. – 6 November, 2021.


TAHNIAH TONY

AMIN

INI LANGKAH

BETUL TEPAT

AMIN

ANTHONY LOKE

ADALAH

CHINA MALAYSIS

AMIN

BUKAN CHINA CHINA

ATAU

CHINA CHINA CHINA

KHALAS

Tiada ulasan: