Khamis, 25 November 2021

TANDA TANDA KERAJAANA GAGAL

 




Tiada masa depan, doktor kontrak terpaksa hijrah ke luar negara

SEMAKIN ramai doktor muda berniat untuk hijrah ke luar negara untuk peluang kerjaya yang lebih bagus memandangkan mereka sukar mendapat jawatan tetap kerana sistem kontrak Kementerian Kesihatan yang tidak memuaskan.

Doktor muda memberitahu The Malaysian Insight, dengan syarat nama tidak disiarkan, selain daripada sistem kontrak, mereka juga mencari keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Ramai mengeluh tentang syif yang terlampau panjang yang boleh jangkau 36 jam dengan masa rehat yang pendek.

Dr Jay yang kini berada di Australia berkata beliau tinggalkan negara pada September selepas kontraknya tamat.

Selain tidak ditawarkan jawatan tetap, Dr Jay menyebut layanan buruk terhadap doktor muda, susah untuk jadi doktor pakar, waktu kerja tidak realistik, pembayaran untuk tunggu sedia (on-call) disekat kerana kesilapan kecil selain tiada keseimbangan antara kehidupan dan kerja, antara faktor yang mendorongnya tinggalkan negara ini.

“Ringkasnya, kerajaan Malaysia tidak utamakan penjagaan kesihatan. Kebanyakan pemimpin masuk hospital swasta, ini saja sudah jelas,” katanya.

Beliau berkata walaupun doktor diperlukan, ia juga menjadi persoalan sama ada kerajaan sanggup berbelanja untuk penjagaan kesihatan.

“Kesan kehilangan doktor daripada perkhidmatan kerajaan hanya akan diketahui pada tahun-tahun akan datang, dan ketika itu sudah terlambat,” katanya.

Dr Jay masih di bawah kontrak di Australia tetapi katanya gaji lebih baik, masa bekerja kurang dan lebih tumpuan diberikan kepada latihan dan pendidikan.

Beliau merupakan salah seorang daripada ramai doktor kontrak yang meninggalkan negara selepas kontrak mereka tamat. Kebanyakannya mencari peluang lebih bagus di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada.

Seorang lagi doktor yang kini bertugas di sebuah hospital kerajaan di Selangor berkata beliau berniat untuk hijrah ke United Kingdom bagi untuk mengejar cita-citanya menjadi pakar bidan.

“Saya cuma ada setahun lagi (kontrak) sampai tahun depan,” katanya.

“Ia benar-benar keputusan yang sukar untuk dibuat. Pada mulanya saya mahu kekal sebab ia sangat bermakna buat saya (untuk mengikuti kursus pakar di sini).

“Prospek kepakaran di sini terhad untuk doktor kontrak.

“Saya tiada pilihan selain berhijrah dan buat diluar negara,” katanya.

Pada Julai, Putrajaya bersetuju melanjutkan kontrak untuk pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang sudah diterima untuk menjalani latihan kepakaran hingga tempoh maksimum empat tahun.

Mengulas perkara itu, doktor berkata tempoh empat tahun tidak mencukupi kerana tempoh latihan hingga kepakaran ambil masa kira-kira 10 tahun.

“Saya tidak kisah kontrak itu tetapi sekurang-kurangnya beri kami 10 tahun untuk selesaikan latihan kepakaran,” katanya.

“Tidak mungkin kami dapat selesaikan latihan kepakaran kami dalam masa empat tahun.”

Doktor itu mendedahkan ramai rakan-rakannya dari sekolah perubatan telah berhijrah ke luar negara untuk mencari peluang kerjaya yang lebih bagus, keseimbangan antara kehidupan dan kerja serta rasa lebih dihargai.

“Rakan-rakan saya (yang pergi ke luar negara) tidak bekerja lebih daripada 42-45 jam seminggu tetapi di sini jika anda sedang bertugas di beberapa jabatan, anda boleh bekerja selama 36 jam berturut-turut dan itu seperti syif dua hari,” katanya.

Mengenai prospek doktor kontrak, beliau berkata terdapat pilihan untuk meninggalkan Kementerian Kesihatan dan menyertai hospital universiti yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi atau menyertai pengamal am swasta.

Seorang lagi doktor mendedahkan isu penghijrahan telah berlaku walaupun sebelum sistem kontrak diperkenalkan pada 2016. Bagaimanapun, ia diburukkan lagi selepas sistem itu dilaksanakan apabila lebih ramai meninggalkan negara ini, yang membawa kepada kebimbangan penghijrahan cendekiawan.

Jurucakap kumpulan Hartal Doktor Kontrak, Dr Mustapha Kamal A. Aziz, meratapi masa depan doktor kontrak.

“(Mereka) terpaksa berhijrah. Apa lagi yang boleh dibuat (memandangkan) kerajaan tidak hargai doktor,” katanya.

Dr Mustapha juga mendedahkan edisi kedua mogok Hartal nanti akan datang dengan “peletakan jawatan beramai-ramai.”

“Kami jangka 5,000 hingga 7,000 doktor muda akan sertai kami tetapi mereka kebanyakannya telah rancang untuk letak jawatan sebelum Hartal,” tambahnya.

Hartal 2.0 dijangka diadakan pada 8 Disember. Edisi pertama yang diadakan pada Julai menyaksikan ratusan pekerja penjagaan kesihatan di seluruh negara bertindak keluar hospital sebagai tanda protes terhadap sistem kontrak yang tidak adil.

Kumpulan Hartal sebelum ini telah menyerahkan memorandum kepada kerajaan menuntut jawatan tetap untuk semua doktor kontrak dan kriteria rasmi pelantikan itu.

Pada 9 November Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan akan menyerap 4,186 doktor kontrak.

Cuma 789 daripada 23,077 doktor kontrak yang berkhidmat sejak 2016 telah ditawarkan jawatan tetap, menyebabkan selebihnya dalam kesusahan dengan masa depan yang tidak menentu. – 25 November, 2021.

INI TANDA TANDA

KERAJAAN GAGAL

AMIN

NEGARA RUGI

RAKYAT RUGI

BILA DOKTOR

LARI JADI BANGLA

AMIN

DARI KECIL

MEREKA SEDUT

OXYGEN KITA

MEREKA MINUM

AIR KITA

MEREKA BELAJR

DI SEKOLAH &

UNIVERSITI KITA

AMIN

INI SEMUA

PELABURAN NEGARA

AMIN

TAPI KERAJAAN

SABRI 114

TELAH GAGAL

UNTUK MENUAI

UNTUNG DARI

PELABURAN INI

AMIN

DOKTOR KITA

JADI BANGLA

CARI KERJA 

DI NEGARA LAIN

AMIN

SAH INI

KERAJAAN GAGAL 

TAK TAHU 

NILAI DOKTOR

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, bukan doktor sahaja yang ditendang keluar dari negara ini sebab dasar perkauman tetapi saintis dan cerdik pandai yang lain. Semuanya berjaya di Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Australia, Eropah malahan Amerika Syarikat sendiri. Kebanyakannya sudah pun menjadi warganegara di sana. Malaysia hanya terlopong! Gua memang sokong dasar perkauman ini. Lama-lama Malaysia boleh menjadi negara Uganda semasa Idi Amin! Kah! Kah! Kah! Kah!