Selasa, 28 Disember 2021

ANWAR & SYED SADDIQ CAKAP BETUL

 



Kerajaan Pahang, syarikat balak perlu bayar pampasan mangsa banjir, kata Anwar

KERAJAAN Pahang perlu mengambil langkah proaktif untuk membantu penduduk di negeri itu yang terjejas teruk akibat banjir, kata Anwar Ibrahim hari ini.

Ketua pembangkang itu juga menyeru syarikat perkayuan untuk bertanggungjawab terhadap peranan yang mereka lakukan dalam banjir.

“Walaupun Pahang sudah biasa dengan banjir, kerajaan negeri perlu proaktif dalam mengurangkan beban mereka yang terjejas akibat banjir,” katanya selepas melawat Ketari, di Bentong, Pahang.

“Kita juga melihat kesan pembalakan tidak terkawal di negeri ini. Selain kerajaan negeri, syarikat perkayuan yang beroperasi di Pahang yang mengaut keuntungan daripada pembalakan mesti memberi bantuan kepada mereka yang terjejas.

“Mereka juga bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.”

Awal hari ini, Adun Sabai Kamache Doray Rajoo memberitahu The Malaysian Insight bahawa pembersihan pasca banjir di Karak mengalami kesukaran berikutan terdapat timbunan balak di sungai dan jalan raya.

Beliau berkata kerajaan negeri dan persekutuan berhutang penjelasan kepada rakyat tentang asal-usul kayu balak.

Syarikat balak jangan lepas tangan, kata Syed Saddiq

MANGSA banjir sepatutnya boleh menerima bantuan lebih RM1,000 sekiranya syarikat balak turut menyumbang kepada kerajaan negeri dan pusat untuk meringankan beban mereka, kata Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya, mangsa banjir tidak akan terdesak terlalu bergantung pada simpanan mereka dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sekiranya syarikat balak yang selama ini mengaut untung turut bertanggungjawab.

“Pengeluaran i-Citra boleh dilakukan tapi paling utama adalah pastikan bantuan kewangan dapat diberikan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri… sebab itu insentif bantuan RM1,000 perlu ditingkatkan.

“Jika kerajaan pusat, kerajaan negeri bersama tauke balak bersama beri pampasan, insentif akan lebih tinggi daripada RM1,000,” katanya pada sidang media hari ini.

Kenyataan Syed Saddiq senada dengan saranan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semalam yang menyeru syarikat perkayuan supaya bertanggungjawab dalam isu banjir.

Keadaan selepas banjir di Karak, Pahang beberapa hari lalu misalnya menunjukkan timbunan kayu balak yang dihanyutkan banjir bersama lumpur tebal.

Syed Saddiq mengadakan sidang media hari ini untuk membentangkan laporan misi bantuan banjir yang digerakkan oleh parti itu, selepas ia berjaya mengumpulkan RM2 juta hasil sumbangan orang ramai sejak sembilan hari lalu.


ANWAR & SADDIQ

CAKAP BETUL

AMIN

PUKEEE MAK

 PEMBALAK

SALAH SATU 

PUNCA BAJIR

AMIN

HUTAN ROSAK

KERAN BALAK

KENA REMBAT

AMIN

ENTAH ENTAH

 TOWKAY CHINA

SINGAPURA 

MACAM 

DI KELANTAN

AMIN

SIASAT SIASAT

MENTERI  TOK GURU

PAK LEBAI 

SAMPAI KE ISTANA 

KHALAS  

MASA DAH 

TIBA RAKYAT

 WAJIB BANGUN

 MELAWAN

KHALAS 


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Balak depa jual komisen kemas masuk setiap bulan, Kalau banjir boleh kata dugaan Dari Allah SWT, senang TIPU Melayu , pakai ayat ayat Arab sikit terus Melayu roboh kah kah kah begitulah mukadimah pun selalu oleh tok lebai Dan para politikus semua Amin kah kah

Tanpa Nama berkata...

Anwar tu bukan peduli pasal balak dan banjir. Dia tu penipu. Anwar cuma nak nombor saja.