Khamis, 9 Disember 2021

HIKAYAT 1001 MALAM ? SIAPA PENARI GELEK ?

 



Pembelaan derma Arab Najib sama dengan kisah Arabian Nights, kata Mahkamah Rayuan

PEMBELAAN Najib Razak berhubung derma RM42 juta dalam akaun peribadinya dari keluarga diraja Arab Saudi adalah sama dengan kisah Hikayat Seribu Satu Malam, kata Mahkamah Rayuan.

Dalam penghakiman kes SRC International setebal 317 muka surat itu, panel tiga hakim memutuskan yang hujah pembelaan berkaitan derma Arab itu tidak dapat dipertahankan dan dibuat-buat.

“Kisah yang mengalahkan Hikayat Seribu Satu Malam itu juga bukan sahaja tiada kredibiliti, malah bercanggah dengan bukti dokumen,,” keputusan itu dibaca.

Hikayat Seribu Satu Malam merupakan koleksi cerita rakyat Timur Tengah.

Semalam Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati bekas perdana menteri itu bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berhubung SRC International, anak syarikat 1Malaysia Development Bhd.

Panel hakim itu yang dipengerusikan oleh Abdul Karim Abdul Jalil menyampaikan keputusan sebulat suara dalam prosiding hibrid yang diadakan secara peribadi dan melalui Zoom.

Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada Julai tahun lepas. Dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. 

Hakim lain ialah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Hakim berkata derma itu masuk dan keluar dari akaun Najib pada 2013 sebelum RM42 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Mereka berkata sidang media bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari 2016, di mana beliau membebaskan Najib dari sebarang salah laku jenayah selepas hampir enam bulan siasatan tidak kekal.

“Pendapat bekas Peguam Negara yang beliau nyatakan semasa sidang media adalah berkenaan dengan keadaan pada 26 Januari 2016 sementara siasatan sedang dijalankan,” katanya. – 9 Disember, 2021.



WOIT

INI HIKAYAT

HEBAT 

KAH KAH KAH

KESAH PELAYARAN

NAJIB & ROSMAH

KESAH 1001 MALAM 

 DI PUTAR JAYA

KAH KAH KAH

JIN ALFRIT

IALAH  JO LO

KAH KAH KAH

HAMBA ABDI

IALAH NIK FAIZAL

 RIZAL MANSOR

KAH KAH KAH

WOIT

SAPA PENARI

GELEK ?

KAH KAH KAH

TAK LAIN

TAK BUKAN

PASTILAH

BIK MAMA

ROSMAH MANSOR

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: