Sabtu, 4 Disember 2021

LU JANGAN KETAWA - KAH KAH KAH

 



PN pilihan rakyat Malaysia pada PRU akan datang, kata Muhyiddin

PERIKATAN Nasional (PN) akan menjadi pilihan rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Muhyiddin Yassin.

Beliau melahirkan keyakinan berdasarkan gabungan baharu yang diterima pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu yang menjurus kepada pembentukan kerajaan PN di negeri itu.

Pengerusi Bersatu itu berkata, terdapat tanda positif gabungan itu semakin mendapat tempat dalam kalangan orang ramai.

Beliau berkata, parti itu juga meraih sokongan semasa PRN Melaka baru-baru ini apabila mereka menang dua daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan mesej parti itu mempunyai daya tarikan ketara dengan pengundi muda.

“Pada PRN Sabah, PN mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Sabah.

“Kami memenangi bilangan kerusi terbanyak dalam kalangan parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Saya optimis PN akan menjadi gabungan politik pilihan rakyat pada PRU15,” katanya dipetik sebagai berkata semasa berucap pada perhimpunan tahunan parti Gerakan hari ini.

Gerakan adalah ahli PN. Selain Bersatu, ia turut disertai PAS serta dua parti Sabah – Star dan SAPP.

Muhyiddin memegang jawatan perdana menteri hinggalah beliau kehilangan majoriti di Parlimen selepas Umno menarik balik sokongan terhadap kepimpinannya.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam menarik balik sokongan berkata, Muhyiddin gagal memenuhi syarat yang digariskan Umno apabila menyokongnya menjadi perdana menteri pada Mac 2020 iaitu menerajui pemulihan ekonomi dan menangani wabak Covid-19 secara berkesan.

Beliau berkata, seorang perdana menteri baharu perlu dilantik untuk menguruskan wabak itu hingga pilihan raya boleh diadakan.

Dalam ucapannya, bekas perdana menteri itu berkata, adalah tidak baik negara diperintah oleh satu parti politik yang dominan.

Beliau menarik perhatian penyatuan kuasa yang dinikmati BN sebelum kejatuhannya pada 2018 menyaksikan penyalahgunaan kuasa dan rasuah semakin berleluasa berikutan ketiadaan semak dan imbang yang kukuh.

“Pada peringkat awal, sistem sebegini yang mampu mewujudkan kestabilan politik dilihat berkesan untuk memacu pembangunan negara.

“Namun bertahun-tahun, kuasa politik semakin tertumpu kepada individu yang memimpin parti dan kerajaan. Ahli parti perlu akur dengan setiap keputusan dan tindakan yang diambil oleh pemimpin parti, termasuk apabila apa yang mereka lakukan tidak semestinya betul,” beliau dipetik sebagai berkata. – 4 Disember, 2021.

 LU DON

PLAY PLAY

AMIN

LU JANGAN

KETAWA

KAH KAH KAH

LU INGAT

MADEY SORANG

BOLEH JADI PM

DUA KALI

KAH KAH KAH

ABAH KAU

PUN LAGI BOLEH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah joke of the year, PM pintu belakang pun nak lagi, semua berebut nak jadi PM untuk selamat rakyat, wah hebat belaka, semua rebut nak songlap rompak rakus tak terhingga sampai liang kubur masih keinginan tak kesampaian kah kah kah, yang nak ke kubur, nak ke penjara nak ke kanser pun teringin pegang jawatan PM, apa hebatnya PM satu Malaysia ini ? Kena tanya yang paling lama pegang jawatan lah kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

Ramalan yg ngatakan urutan PM Malaysia ngikut abjad RAHMAN thorsangat topat. Lopeh bini Rosmah jadik PM ..Malaysia dah porak poranda ..dalam maso 3 tahong kito ada 3 ekor PM, apo nak jadi. Lopeh "N" urop apa pulak ..dah sampai maso nyo kita pujok Bomoh Malaya mintak nolong telekan lopeh urop N tu urop apolak ..