Jumaat, 3 Disember 2021

OMICRON DAH SAMPAI KE MALAYSIA

 

BAHAYA DAH

SAMPAI

AMIN



Kes Omicron pertama dikesan dalam negara, kata Khairy

KES Covid-10 sulung melibatkan varian Omicron sudahpun dikesan dalam negara melibatkan seorang pengembara dari Afrika Selatan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kes indeks tersebut bagaimanapun berjaya dikekang dan tidak menyebabkan jangkitan kepada individu lain dalam negara, katanya.

Jelasnya, kes melibatkan seorang pelajar itu tiba di Malaysia pada 19 November, lima hari sebelum penemuan varian Omicron diumum dikesan di Afrika Selatan.

Beliau hanya didapati positif varian Omicron, yang diumum sebagai varian membimbangkan itu semalam berdasarkan ujian jujukan genome yang diperolehi, katanya.

Menurutnya, pelajar kolej swasta di Ipoh itu tidak mengalami apa-apa gejala ketika kesnya dikesan di KLIA dan sudah menerima vaksin lengkap sejak September.

Katanya, gadis berusia 19 tahun itu pada asalnya pulang ke negara asal untuk mengunjungi keluarga dan balik semula ke Malaysia melalui Singapura.

Selepas menjalani ujian pada 19 November, beliau seterusnya menjalani kuarantin seorang diri selama 10 hari dan kemudian diberi pelepasan apabila didapati bebas Covid-19, tambahnya.

Seramai lapan orang yang terdiri daripada tiga pelajar, dua rakan serumah, seorang pemandu bas dan seorang kakitangan universiti juga menjalani kuarantin, katanya.

Tambahnya, ia menunjukkan sistem kesihatan pada waktu ini berkesan dan menggesa rakyat tidak panik dengan kemunculan varian baharu itu.

“Sistem kita berkesan. Kalau kita ikut semua peraturan Kementerian Kesihatan termasuk ujian di pintu masuk, pematuhan kuarantin, kita dapat kekang,” katanya.

Tambahnya, ia merupakan antara 74 kes yang dikesan di pintu masuk negara dan menjalani ujian jujukan genome bagi mengesan kehadiran varian baharu.

Ujian berkenaan dikuatkuasa di Malaysia sejak 11 November, dua minggu lebih awal daripada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai kemunculan Omicron, katanya lagi.

Kementeriannya semalam mengumumkan sekatan perjalanan sementarake atas lapan negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

Senarai negara ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan penilaian risiko mengambil kira tiga perkara iaitu jangkitan tempatan, bilangan kes dan liputan vaksinasi.

WHO mengklasifikasi varian Omicron (B.1.1.529) sebagai “varian yang perlu dibimbangi” (VOC) dan varian “berisiko sangat tinggi”. – 3 Disember, 2021.

NEGARA DALAM

BAHAYA

AMIN

BERHATI HATI

AMIN

KITA JAGA KITA

AMIN

TERUS IKUT

ARAHAN KKM

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Makin banyak lah main belakang dapat komisen.

Tanpa Nama berkata...

Apa punya bangang kerajaan ni...negara lain sekat rakyat pergi afrika dan orang afrika tak boleh masuk negara mereka. Tapi malaysia boleh pulak masuk...mungkin belum bahaya lagi dan kalau nak masuk malaysia pakai le mask.

Unknown berkata...

mana ada bahaya. cube check angka kematian negara asal virus tipu ni.