Khamis, 30 Disember 2021

SAMBUTAN HUJAN TAHUN BARU


AWAS


Amaran hujan berterusan mulai hari ini hingga 1 Januari

JABATAN Meteorologi mengeluarkan amaran tahap bahaya hujan lebat berterusan di negeri utara dan pantai timur semenanjung negara, membawa hingga ke sempadan Pahang dan Selangor.

Amaran itu dikeluarkan pada 1.25 petang tadi, turut meletakkan timur laut Sabah dalam senarai negeri terbabit.

Kawasan di zon merah, dikategorikan sebagai “bahaya” di mana hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku hingga esok, 31 Disember, membabitkan kawasan Jeli di Kelantan, Kemaman, Terengganu dan Kuantan di Pahang.

Bahagian lain di negeri ini, selain Hulu Perak dan keseluruhan Johor, berada dalam zon jingga dan kuning di mana hujan lebat berterusan dijangka hingga 1 Januari.

Ini termasuk kawasan di Bentong yang terjejas teruk akibat lumpur dan kayu balak yang dihanyutkan bah dari kawasan lebih tinggi.

Ramalan hujan lebat berterusan turut dikeluarkan untuk Sabah iaitu di Ranau, Tawau, Sandakan dan Kudat hingga 2 Januari.

Lebih seminggu lalu, hujan lebat turun hampir tiga hari dari 17 Disember menyebabkan banjir kilat di kebanyakan tempat di negara ini. Antara kawasan paling teruk terjejas ialah kawasan tengah semenanjung.

Lebih 70,000 mangsa banjir terpaksa mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan dan 48 dilaporkan maut. – 30 Disember, 2021


HATI

HATI

AMIN

Tiada ulasan: