Isnin, 7 Februari 2022

HANYA LIMA RIBU +- CIPUT

 




Pegawai sedang disiasat tuduh pengarah Mara Corp salah guna kad kredit

SEORANG daripada  lima individu yang didakwa terbabit salah laku dan penyelewengan kuasa dalam Mara Corp, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pengarah eksekutif syarikat itu Suhaili Abdul Rahman berhubung penyalahgunaan kad kredit korporat.

Laporan itu susulan satu laporan polis dibuat oleh lima individu berkenaan terhadap Suhaili bagi memulakan siasatan terhadap mereka.

“Laporan SPRM dibuat semalam (Ahad) berkenaan salah guna kad kredit milik Mara,” kata sumber.

Sementara itu, seorang sumber lain memberi tangkap layar sekeping resit kepada The Malaysian Insight, di mana Suhaili didakwa membayar lebih RM5,000 untuk makan malam pada Ramadan tahun lalu.

Makan malam itu diadakan di sebuah restoran di Labuan, dikatakan dibayar oleh Suhaili menggunakan kad kredit Mara Corp.

Resit itu tanda Bersatu, di mana Suhaili ialah seorang ketua bahagian. Beliau juga ahli majlis tertinggi Bersatu dan pengerusi Bersatu Labuan.

Lima individu terbabit – Noor Irwan Marmin, Iskandar Zainudin, Rizal Abdul Gani, Mohd Faizal Mohd Top dan Mohd Firdaus Zubir – dinamakan di Twitter @EdisiSiasat melakukan salah laku dan salah guna kuasa dalam Mara Corp.

Twitter itu turut berkongsi dokumen di mana Suhaili mendakwa mereka “tidak mematuhi prosedur ketika membuat tuntutan undur tarikh dan elaun”.

Mereka membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi terhadap akaun Twitter berkenaan dan Suhaili, semalam.

Dalam laporan polis itu, empat daripada mereka – Noor Irwan, Rizal, Faizal dan Firdaus – menafikan melanggar prosedur seperti didakwa Suhaili dalam satu surat rasmi kepada Pengerusi Mara Azizah Mohd Dun pada 30 Januari.

Iskandar, dalam satu laporan polis berasingan, berkata Suhaili tidak merujuk kepada ahli lembaga pengarah Mara sebelum menghantar surat siasatan kepada Azizah.

SPRM sebelum ini berkata ia akan memulakan siasatan terhadap Mara Corp susulan tuduhan penyelewengan kuasa dan pengurusan. – 7 Februari, 2022.

ALAAAA

BUKAN 5 JUTA

INI KES CIPUT

 KAH KAH KAH

HANYA LIMA

RIBU RINGGIT

KAH KAH KAH

TAIK GIGI NAJIB

  TAIK 

PALAT ROSMAH 

LEBIH MAHAL

DARI KES  INI

KAH KAH KAH

SAHAM AZAM BAKI

JUTA JUTA

LAGI TAK HAIRAN

KAH KAH KAH

INI KES  MAKAN

TAK SAMA KONGSI

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bolo punya olang