Isnin, 7 Februari 2022

KOBID MEREBAK LEPAS RAYA ?

 



Kes baharu Covid-19 lepasi angka 11,000, kata Noor Hisham

MALAYSIA merekodkan 11,034 jangkitan baharu Covid-19 hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir negara mencatatkan lebih 11,000 kes adalah pada 1 Oktober, apabila 11,889 kes dicatatkan.

Malaysia menyaksikan lonjakan jangkitan sejak minggu lalu, yang majoritinya melibatkan jangkitan Omicron.

Noor Hisham berkata kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dilaporkan kepada 2.92 juta.

Kadar kebolehjangkitan nasional (R-naught) juga mencapai paras tertinggi baharu pada 1.27, dengan majoriti negeri merekodkan R-naught lebih tinggi daripada 1.20.

Kementerian Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam berkata kes koronavirus harian dijangka melepasi paras 15,000 tidak lama lagi, ketika negara memasuki gelombang Omicron.

Menteri itu juga menggesa orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak mereka. – 7 Februari, 2022.

ANGKA NAIK

MENDADAK

AMIN

APAKAH ADA

HUBUNGAN DGN

RAYA CHINA ?

AMIN

AWAS 

BERJAGA JAGA

IKUT C.U.P

 CARA

UNTUK HIDUP

KHALAS

Tiada ulasan: