Rabu, 9 Februari 2022

PEJUANG SOLO

 



Pejuang tak berhasrat sertai khemah besar Pakatan pada PRN Johor, kata Mukhriz

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) buat masa ini tidak berhasrat untuk menyertai khemah besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata parti itu masih bergerak solo untuk bertanding pada PRN Johor dan sebarang kerjasama dengan gabungan parti lain masih dalam pertimbangan.

“Kami (Pejuang) tidak akan menyertai mana-mana gabungan dan calon-calon kita akan bertanding di atas tiket Pejuang.

Pada waktu ini kita tidak berhasrat untuk menawarkan calon-calon kita di bawah lambang PH atau menyertai khemah besar PH,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat “Sepetang Bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir” hari ini.

Mukhriz bagaimanapun mengakui terdapat perbincangan bersama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), namun sebarang bentuk keputusan kerjasama politik sewaktu PRN Johor belum  dimuktamadkan.

Beliau berkata sekiranya perbincangan itu mencapai kata putus, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

“… tapi dengan pihak lain tiada perbincangan yang betul-betul mendalam, contohnya seperti PH,” katanya. 

Pada 24 Jan, Anwar, selepas Mesyuarat Majlis Presiden PH, berkata semua parti pembangkang termasuk Pejuang, Warisan dan Muda perlu bekerjasama di bawah satu khemah besar bagi menghadapi PRN Johor. 

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 22 Januari lepas untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. – Bernama, 8 Februari, 2022.

 SAH LINGKUP

KUYUP

TUTUP KEDAI

AMIN

KHATAM KOGIA

TAMAT THE END

LE FIN

KAPUT

AMIN

KHALAS

SIKAP BEBAL

YANG MENYUSAH

NEGARA

KAHALAS

KAH KAH KAH

1 ulasan:

cikminah berkata...

Bodohkah PEJUANG mahu mencuba nasib solo...?
Kalah dan menang itu adat dalam mana2 pertandingan. PKR yg dapat telor di Sabah, Sarawak dan Melaka masih kuat berusaha, tidak tutup kedai. Yang penting, mencuba barulah dikatakan anak jantan. Anak jantan kalah takapa, jangan anak jantan mengaku kalah sebelum berjuang.