Rabu, 9 Februari 2022

RAKYAT DAH LETIH

 



Mahkamah beku aset Najib berhubung saman 1MDB

1MALAYSIA Development Bhd (1MDB) dan anak syarikatnya memperolehi injunksi ex-parte Mareva daripada Mahkamah Tinggi terhadap bekas perdana menteri Najib Razak untuk membekukan asetnya.

Dana itu cuba mendapatkan semula AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dipercayai diambil Najib semasa menjadi perdana menteri dan menteri kewangan.

Mahkamah menggunakan injunksi Mareva apabila terdapat kemungkinan defendan boleh cuba memindahkan aset keluar dari bidang kuasa mahkamah untuk menghalangnya daripada disita.

Injunksi itu mengehadkan Najib kepada pengeluaran bulanan sebanyak RM100,000 daripada akaunnya.

Pengarah 1MDB Mohd Hisyamuddin Awang Abu Bakar mengesahkan kepada The Edge Markets bahawa injunksi itu diberikan pagi ini oleh Pesuruhjaya Kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad yang memberikan Najib dua minggu untuk memfailkan rayuan.

Sumber menunjukkan hakim memberikan injunksi berdasarkan hujah yang kukuh daripada plaintif.

Najib kini berdepan pelbagai perbicaraan sivil dan jenayah berhubung peranannnya dalam skandal 1MDB.

Selain daripada percubaan 1MDB untuk mendapatkan semula berbilion ringgit ahli Parlimen Pekan itu disabitkan dengan kesalahan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa kerana peranannya dalam penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta. – 8 Februari, 2022.

 

RAKYAT DAH

NAIK BOSAN

AMIN

LAMA SANGAT

MENUNGGU NAK

LIHAT NAJIB

MASUK JIL

AMIN

TAK HABIS HABIS

GUNA MAHKAMAH

UNTUK LAMBATKAN

MASUK JIL

AMIN

DI KOREA 

TANGKAP MASUK

PENJARA

AMIN

MALAYSIA SAJE

YG LEK LOK

KHALAS


Tiada ulasan: