Rabu, 9 Februari 2022

SAKIT DAN MATI DALAM LOKAP

 




Satu daripada 7 kematian OKT ada unsur jenayah, kata Bukit Aman

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan setakat ini terdapat tujuh kes kematian Orang Kena Tahan (OKT) dengan hanya satu kes melibatkan unsur jenayah.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Azri Ahmad berkata daripada tujuh kes yang dilaporkan itu, empat daripadanya merupakan kematian dalam lokap.

Katanya dua lagi kes meninggal dunia di hospital manakala satu kes melibatkan kematian ketika OKT dalam perjalanan ke hospital.

“USJKT (Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan) JIPS yang ditubuhkan pada 1 Januari lepas, memberi jaminan bahawa setiap kes kematian dalam tahanan atau jagaan PDRM akan disiasat secara telus tanpa sebarang kompromi.

“USJKT akan memajukan enam kes yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut sama ada memerlukan inkues atau sebaliknya,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di Kuala Lumpur.

Azri berkata bagi mengatasi masalah ini, PDRM mencadangkan untuk mewujudkan klinik bersepadu di setiap lokap bagi memantau tahap kesihatan OKT namun ia masih lagi di peringkat cadangan kerana ia memerlukan kos yang besar.

“Prosedur operasi standard yang dibuat oleh PDRM setakat ini, sekiranya ada OKT yang mengalami masalah kesihatan kami akan rujuk kepada hospital berdekatan, “ katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai USJKT, beliau berkata pihaknya akan mempertingkatkan integriti PDRM dalam siasatan kes-kes kematian dalam tahanan.

Selain itu, Azri berkata JIPS akan mengurangkan salah laku dalam kalangan anggota PDRM dan memastikan tindakan undang-undang diambil jika terdapat bukti kukuh salah laku dalam kes ini.

“USJKT ditubuhkan adalah untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap PDRM dalam pengurusan kes kematian dalam tahanan. Jika berlaku kematian dalam tahanan ia boleh menjadi kes yang sensitif maka inilah peranan USJKT,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin menyatakan USJKT ditubuhkan pada 1 Januari lepas adalah untuk menyiasat kes kematian sewaktu berada di dalam tahanan dan penubuhan bertujuan memperbaiki imej dan integriti PDRM. – Bernama, 9 Februari, 2022.


MENTERI

TAK PERNAH

MASUK LOKAP

TAK TAHU APA

ITU LOKAP

AMIN

KALAU JATUH

SAKIT DALAM

LOKAP JADI

SAKIT BERAT

AMIN

ADA RUANG

UNTUK BAIKI

SISTEM LOKAP

AMIN

REMAN DARI

TEORI UNTUK

SIASATAN

AMIN

DARI 

PENGALAMAN

TAK DA PUN

SIASATAN 

DIJALANKAN

REMAN DIGUNA

SEBAGI  DERA

KHALAS

AMIN

1 ulasan: