Ahad, 13 Februari 2022

SEMUA AGAMA SAMA

 


Dua beranak Melayu sediakan makanan vegetarian untuk Tahun Baru Cina di tokong Sarawak

Setiap kali Tahun Baru Cina, penganut Buddha di Kampung Muara Tebas yang merupakan sebuah perkampungan nelayan Melayu terletak di tebing Sungai Sarawak akan pergi ke Tokong Ching San Yen bagi berdoa untuk kesejahteraan tahun yang bakal mereka depani.

Tokong yang mempunyai binaan cantik dan dibina di sebuah puncak bukit berketinggian 120 kaki dari paras laut, sentiasa menarik pengunjung dan pelancong dari jauh dan dekat.

Selepas bersembahyang, mereka akan menikmati hidangan vegetarian lazat mengikut tradisi Cina yang tidak memakan daging pada hari pertama Tahun Baru.

Di bahagian dapur tokong itu, kelihatan penduduk kampung sibuk dengan kerja-kerja penyediaan makanan untuk dihidangkan kepada pengunjung yang datang.

Antara yang sibuk memotong bahan-bahan hidangan itu ialah Firdaus dan bapanya, Sapiee.

Sudah 20 tahun dua beranak berketurunan Melayu itu bersama rakan-rakan masyarakat Cina menyediakan makanan vegetarian di tokong tersebut.

Pengunjung menuruni tangga yang dihiasi lampu tanglung selepas ritual sembangyang mereka di Tokong Ching San Yen Temple, Kampung Muara Tebas.

Sepanjang dua minggu perayaan, mereka akan menghabiskan masa selama beberapa jam setiap hari bagi menyediakan dan membungkus hidangan makanan untuk diberikan kepada pengunjung tokong yang datang untuk bersembahyang di tokong tersebut.

Firdaus akan sibuk di bahagian penyediaan hidangan sementara Sapiee akan mengendalikan proses masakan.

Daripada hidangan ladu hingga pencuci mulut, dia akan menguruskan keseluruhan menu dengan bantuan daripada penduduk kampung lain ketika hari-hari yang sibuk.

Bagi bapa dan anak itu, kerja akan bermula sebelum subuh dan hanya akan berakhir pada sebelah petang.

Mereka biasanya akan memperoleh kira-kira RM1,200 dari tokong bagi setiap acara.

Ia adalah jumlah wang yang banyak bagi Sapiee, salah seorang daripada ramai ibu bapa yang berpendapatan rendah di perkampungan nelayan itu.

Pengunjung Tokong Ching San Yen Temple di Kampung Muara Tebas menunaikan ritual doa dan sembahyang mereka setiap kali perayaan Tahun Baru Cina.

Sebelum pandemik Covid-19 melanda, tokong itu mendapat pendapatannya melalui bayaran parkir pengunjung yang boleh mencecah RM50,000 dengan bayaran sebanyak RM5 bagi sebuah kereta.

Hasil pendapatan itu kemudiannya akan diserahkan kepada jawatankuasa kampung.

“Pada hari pertama dan ke-15, para pengunjung tokong akan melakukan pelbagai ritual sembahyang,” kata Joli Kadir, salah seorang penduduk kampung itu kepada MalaysiaNow.

“Jadi kami orang Melayu bantu bawa colok dan makanan dari tokong ke kaki bukit.”

Dua hari dalam sebulan, ratusan ribu penganut Buddha bahkan dari luar negara akan datang ke tokong itu untuk bersembahyang.

Pada hari-hari tersebut, jawatankuasa kampung akan bekerjasama dengan pengurusan kuil untuk menyelaraskan persiapan menyambut kedatangan pengunjung.

Walaupun Covid-19 banyak mengubah budaya masyarakat kampung, namun banyak lagi nilai-nilai yang terus kekal dalam kalangan mereka.

Bagi penduduk perkampungan nelayan itu, mereka hidup bersama penuh aman dan harmoni walaupun berbeza kaum dan agama.

Tokong itu sendiri menjadi simbol keharmonian penduduk, megah di atas bukit sambil berjiran dengan tanah perkuburan Islam di bahagian kirinya.

Sementara di sebelah kanan di kaki bukit itu masjid dibina.

Berdekatan masjid itu, kelihatan tanah perkuburan Cina.

Untuk memudahkan akses ke tanah perkuburan Islam, jawatankuasa tokong membina laluan pejalan kaki dan membuka sebahagian daripada pagarnya untuk dijadikan pintu masuk bagi penduduk kampung.

“Untuk pergi ke tanah perkuburan Islam, kita perlu melalui tokong,” kata Joli.

“Bagi kami, ia bukanlah satu isu.”


SEMUA AGAMA

SAMA

AMIN

SEMUA AGAMA

MENGAJUKAN

KEBAIKKAN &

SEJAHTERAAN

UMMAH

AMIN

HANYA MEREKA

YANG KLIM JADI

WAKIL TUHAN

YANG BUAT

HURU HARA

AMIN

YANG KLIM

HANYA MEREKA

 FAHAM APA YANG

 TUHAN MAHU

AMIN

MEREKA KLIM

HANYA MEREKA 

YANG DIBENARKAN

MEMBERI TAFSIRAN

KATA KATA

YANG MAHA ESA

AMIN

Tiada ulasan: