Ahad, 13 Februari 2022

JAGA C.U.H - CARA UNTUK HIDUP

 



21,072 kes baharu Covid-19 hari ini

MALAYSIA melaporkan 21,072 kes baharu Covid-19 hari ini, berkurangan berbanding semalam sebanyak 22,802 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejumlah besar kes baharu ini tidak bergejala dan berada di dalam kategori gejala sederhana.

Daripada jumlah itu, sejumlah 20,968 atau 99.59% adalah kes kategori 1 dan 2, dan hanya 86 kes atau 0.41% berada di dalam kategori 3,4 dan 5.

Lebih 70% kes baharu hari ini berada di dalam kategori 2.

Pecahan kes baharu mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kategori 1 : 5,995 kes (28.45%)

Kategori 2 : 14,991 kes (71.14%)

Kategori 3 : 58 kes (0.28%)

Kategori 4 : 20 kes (0.09%)

Kategori 5 :8 kes (0.04%)

Data terbaru hari ini menjadikan jumlah kes terkumpul Covid-19 sejak wabak mula meledak di negara ini sebanyak 3,040,235 kes.

Sebelum penurunan kes baharu hari ini, jumlah kes harian naik mendadak selama sembilan hari berturut-turut sejak 4 Februari lalu.

Pecahan kes mengikut negeri akan diterbitkan di dalam laman web KKM, CovidNow, selepas tengah malam ini.

Sementara itu, lebih 22.9 juta atau 97.5% populasi dewasa di Malaysia sudah menyempurnakan vaksinasi mereka dan 98.7% atau 23.2 juta lagi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 2.70 juta atau 89.8% remaja berusia 12 hingga 17 tahun juga sudah menyempurnakan vaksinasi mereka, 2.87 juta atau 92.3% populasi remaja lagi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, 135,478 atau 3.8% kanak-kanak berusia lima hingga sebelas tahun juga sudah menerima dos pertama vaksin mereka.

Menurut CovidNow, 13.2 juta atau 56% populasi dewasa juga sudah menerima dos penggalak. – 13 Februari, 2022.

AWAS

KITA

JAGA

KITA

AMIN

Tiada ulasan: