Jumaat, 4 Mac 2022

AKHIRNYA NAZRI JADI JUJUR

 




Nazri persoal jika undang-undang akan dipinda, halang tukar agama sepihak

NAZRI Aziz membangkitkan persoalan adakah undang-undang akan dipinda supaya menghalang penukaran agama secara sepihak serta memerlukan persetujuan kedua ibu dan bapa.

Ahli Parlimen Padang Rengas turut menyoal adakah perkataan ibu bapa yang merujuk kepada ibu dan bapa akan ditarik balik daripada Perlembagaan.

“Dan adakah dalam pindaan itu akan ada tafsiran yang tepat tentang perkataan ibu bapa. Ia harus untuk kedua-dua ibu dan bapa,” katanya semasa perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Bekas menteri undang-undang itu berkata, beliau sama sekali tidak bersetuju dengan penukaran agama secara paksa terhadap kanak-kanak daripada agama Hindu kepada Islam, yang dilakukan oleh bapa mereka yang kini berada di penjara.

“Kini, mahkamah juga telah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak kepada ibu mereka. Saya menentang sekeras-kerasnya penukaran agama anak-anak ini.

“Dalam Islam kita tidak memaksa sesiapa pun untuk memeluk agama kita. Ia perlu secara sukarela.”

Tambahnya penukaran unilateral tidak dibenarkan.

“Ada yang mengatakan Perlembagaan Persekutuan menafsirkan yang ibu bapa adalah bapa dan ibu, tetapi penggunaan biasa ialah ibu bapa.

“Jadi, kita tidak boleh kata seorang bapa atau ibu boleh menukar agama anak mereka secara unilateral.

“Pendirian saya ialah bapa tidak boleh tukar agama anak-anak tanpa persetujuan ibu.”

Komennya dibuat selepas kes terbaharu membabitkan ibu tunggal Loh Siew Hong di mana anak kembar perempuan berusia 14 tahun dan anak lelaki berusia 10 tahun ditukar agama oleh bekas suaminya Naghaswaran Muniandy pada Julai 2020.

Bulan lepas, Loh berjaya dalam cabaran undang-undang untuk membatalkan penahanan tiga anaknya yang memeluk Islam secara unilateral oleh bekas suaminya yang menculik mereka.

Tiga anaknya didakwa diculik pada 2019 memeluk Islam tanpa pengetahuan Loh.

Penukaran unilateral telah mencetuskan semula perdebatan mengenai perkara itu. Mahkamah Persekutuan pada 2018 telah memutuskan dalam kes Indira Ghandi sebelum ini, menyatakan penukaran agama memerlukan persetujuan kedua ibu bapa.

Anak perempuan Indira, Prasana Diksa, telah diambil oleh bekas suaminya K. Pathmanathan yang memeluk Islam dan menukar nama kepada Muhammad Riduan Abdullah ketika anaknya berusia 11 bulan.

Dia juga telah mengislamkan tiga anak mereka tanpa pengetahuan Indira.

Walaupun telah diputuskan, polis masih belum mendapatkan semula Prasana dan mengembalikannya kepada Indira.

Polis masih belum mengesan Muhammad Riduan walaupun waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2014

Semasa perbahasannya, Nazri berkata jika bapa dibenarkan menukar agama anak-anak itu adalah paksaan.

“Seperti kes M. Indira Gandhi di mana anaknya dibawa lari selepas dia bersalin.

“Dan anak itu diislamkan. Sebagai orang Islam saya tidak bangga dengan isu seperti ini. Tidak ada keadilan.

“Satu lagi sebab saya tidak bersetuju dengan ini adalah kerana dalam negara kita perlu menjaga hak dan kepentingan minoriti.

“Sudah tentu Perlembagaan mengatakan Islam adalah agama persekutuan, tetapi kita tidak boleh menindas golongan minoriti.” – 2 Mac, 2022.

 AKHIRNYA

NAZRI JADI

SOSOK JUJUR

AMIN

BILA TAK JADI

ROTTWEILER

TAK JADI MENTERI

TAK JADI

KAKI BODEK

AMIN

NAZRI KEMBALI

JADI RASIONAL

 BERCAKAP 

DARI  RASA HATI

AMIN

SALUT 

OLD BOY

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Agama ini suka masing masing tak payah pujuk tak payah rayu tak payah paksa paksa, kalau setuju masuk, tak setuju boleh blah blah berambus, yang masuk pun bukan jenama baka baik baik pun, masuk pun sebab baka tak elok, nak cari identiti baru, nak soleh suci murni pasal ITU reject masuk team baru kah kah kah, lagi bagi buat macam daftar kahwin, pamer dulu selama 21 hari, sapa bantah sapa tak setuju si polan masuk agama selesai masalah, belajar tinggi tapi tak selesai masalah akar umbi pun amin

Soboi berkata...

selepas prn johor mat frenchie nie akan kembali jadi rotwiler