Jumaat, 4 Mac 2022

KEJAYAAN PRU 14

 



RM19.14 bilion dana 1MDB diperoleh semula, kata menteri

PUTRAJAYA berjaya mendapatkan semula RM19.14 bilion dana berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sehingga 31 Januari tahun ini, kata Kementerian Kewangan.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata dana itu dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (AA MKA).

Beliau berkata, kebanyakan dana yang dikumpul adalah daripada lima sumber utama yang terdiri daripada AS$1.23 bilion atau RM5.17 bilion daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

Zafrul berkata, AS$2.5 bilion (RM10.5 bilion) diterima daripada Goldman Sachs sebagai sebahagian daripada jumlah penyelesaian yang dimuktamadkan pada Julai 2020 dan dikreditkan pada September 2020.

Beliau berkata dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Wong Kah Woh (Ipoh Timur-PH) yang bertanyakan jumlah dana berjaya diperoleh hasil daripada tindakan yang diambil terhadap isu 1MDB sejak 2018 dan jumlah kerugian.

Zafrul berkata, sejumlah AS$80 juta (RM336 juta) diterima daripada Deloitte hasil daripada penyelesaian global pada 24 Mei 2021 (dikreditkan pada Jun 2021).

“RM2.315 bilion daripada AmBank hasil daripada penyelesaian global pada 5 Mei 2021 (dikreditkan pada Julai dan Disember 2021); dan AS$80 juta (RM336 juta) daripada KPMG hasil daripada penyelesaian global pada 16 Disember 2021 (dikreditkan pada Januari 2022).

Zafrul juga berkata, 1MDB melantik Parker Randall sebagai juruaudit untuk melaksanakan audit terhadap penyata kewangan syarikat termasuk aset dan liabilitinya.

“Bagaimanapun, laporan penyata kewangan beraudit terkini masih belum dimuktamadkan kerana juruaudit lama, KPMG (2010, 2011 dan 2012) dan Deloitte (2013 dan 2014) menarik balik laporan dan pandangan mereka terhadap penyata kewangan syarikat.

“Oleh itu, jumlah sebenar kerugian 1MDB pada masa ini tidak dapat disahkan.”

Penyelesaian itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mendapatkan semula dana dan aset yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan dana pelaburan. – 4 Mac, 2022.




SAHEH

TAHNIAH

INI KEJAYAAN

BESAR PRU14

AMIN

JANJIB ROSMAH

DI TANGKAP

DUIT 1MDB

YANG DICURI NAJIB

 DAPAT 

DIPULANGKAN

AMIN

INI SATU

KEMENANGAN

PRU14 DAN

PAKATAN HARAPAN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Enche' TT, memang botul lepas PH memang PRU14, sebahagian wang 1MDB yang telah diselewengkan itu dapat dikembalikan hasil dari inisiatif kerajaan PH. Tetapi tohsah gumbira sangat sebab bila PH telah di Sheraton kan hanya wang itu dikreditkan ke dalam akaun kerajaan. Dan telah ada pihak dalam kerajaan pengkhianat PN PIMPINAN Mat Sembab dan selepas itu kerajaan PN pimpinan Mat Sempoi, kebetulan menteri kewangan yang sama, telah menyatakan hanya selepas mereka menerintah wang 1MDB itu dapat dikreditkan ke dalam akaun kerajaan dan digunakan untuk projek-projek membantu rakyat. Ini macam LEMBU PUNYA SUSU SAPU PUNYA NAMA.
Majoriti rakyat yang bebal dan bersentimen benci yang tinggi serta mereka yang atas pagar atau jenis yang wat dek je, mereka mudah termakan dengan berita palsu ini asalkan bukan dari media pro PH. Mereka dengan mudah menerima fakta yang salah bahawa kerajaan pengkhianat itu telah berjaya melaksanakan tugas menuntut balik wang 1MDB berkenaan.