Sabtu, 19 Mac 2022

BERSATU MELAWAN ATAU MATI KESAORANGAN

 



Perikatan tiada pilihan terima kerjasama dengan Pakatan, kata penganalisis

MUHYIDDIN Yassin dan Perikatan Nasional mesti mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) jika gabungan itu mahu menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis politik.

Ini bermakna, mereka perlu menjalin kerjasama dengan DAP, parti yang dipersalahkan Muhyiddin kerana menyebabkan partinya, Bersatu, keluar daripada PH pada 2020.

Penganalisis memberi amaran, dengan menjadikan PAS sebagai rakan kongsinya tidak akan mencukupi untuk PN menawan semula Putrajaya daripada Barisan Nasional.

Mereka berkata selepas tiga kekalahan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor, PN mungkin tiada pilihan lain selain bekerjasama dengan PH.

Susulan kekalahan terbaharu di Johor, pemimpin PH mengakui pemimpin pembangkang perlu meningkatkan kekuatan mereka bagi menghadapi PRU15.

Ia membabitkan pendekatan fleksibel, termasuk dalam strategi rundingan dengan parti pembangkang lain dan gabungan di peringkat negeri serta persekutuan.

Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisomuddin Bakar berkata PN dan PH tidak boleh mengabaikan satu sama lain jika mereka serius untuk menewaskan BN dalam masa terdekat.

“Bagi saya perselisihan faham dan pergeseran antara PH dan PN adalah isu dalam kepimpinan yang mengelilingi ahlinya,” kata Hisomuddin.

“Sebenarnya mereka perlu melihat corak pengundian. PH perlu sedar undi Melayu telah pergi ke PN (seperti mereka pernah mengundi PH pada PRU14) dan PN perlu sedar di kawasan kerusi campuran, PKR dan DAP masih disokong orang bukan Melayu.

“Kedua-dua ini perlu mencari titik persamaan. Mereka perlu memastikan pertembungan satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang dan mempunyai pakatan seperti dilakukan Muda dengan DAP dan Amanah,” kata Hisommudin.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali bersetuju dengan pandangan Hisommudin sambil berkata adalah di luar kebiasaan di mana parti lawan bekerjasama walaupun bertahun-tahun bermusuhan.

“Muhyiddin tidak mempunyai pilihan lain selain menerima PH,” kata Mazlan.

“Dr Mahathir dan Anwar mempunyai permusuhan selama 20 tahun tetapi mereka melepaskan masa lalu dan bekerjasama untuk mengalahkan BN. Dr Mahathir juga sering memburukkan DAP dan DAP melakukan perkara yang sama kepada Dr Mahathir.

“Muhyiddin atau Bersatu atau PN tiada pilihan lain selain menerima PH sebagai rakan kongsi. Tidak ada yang mustahil dalam politik. Politik adalah dinamik. Satu hari adalah satu perkara hari berikutnya adalah perkara lain.

“Persengketaan antara Bersatu dan PH tidak membawa apa-apa keuntungan dalam kancah politik kita,” tambah Mazlan. – 19 Mac, 2022.

ILMU PERTAMA

DALAM POLITIK

IALAH

RAMAIKAN KAWAN

KURANGKAN

 MUSUH

AMIN

BERSATU

BERAMAI

BERJUANG

ATAU

DIKAMBUS

 BERSENDIRIAN 

AMIN 

BERSATU TEGUH

 BERCERAI ROBOH 

KHALAS

AMIN 


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sleeping with the devil.