Sabtu, 19 Mac 2022

SEHATI SEJIWA

 



Kerjasama parti sehati sejiwa kunci menang PRU15, kata pengerusi DAP

PAKATAN Harapan akan memberi tumpuan menarik parti sehari sejiwa untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi DAP Tan Kok Wai.

Tan berkata, setakat ini parti yang mempunyai ideologi sama tapi tak serupa dengan Pakatan Harapan adalah parti belia, Muda.

Bagaimanapun, wujud keperluan semasa untuk PH memperkukuhkan kerjasama sedia ada sebelum menarik parti lain.

Dengan hanya menggunakan pendekatan “untuk semua” akan memberi peluang kepada pembangkang menjatuhkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15, tambahnya lagi.


“PH dan rakan-rakannya perlu berkongsi nilai, konsep politik dan ideal yang serupa,” kata veteran politik itu kepada The Malaysian Insight.

Wakil rakyat Cheras itu juga menegaskan yang pendirian PH untuk tidak bekerjasama dengan Umno, Bersatu atau PAS masih kekal utuh.

“Kepimpinan Umno tak berubah sejak dulu, agenda politiknya masih advokasi perkauman, menggalakkan dominasi satu parti, diktator dan korupsi.

“Menilai situasi politik semasa, memang tidak wujud ruang untuk kami membentuk pakatan,” katanya.

Hanya dengan perpaduan antara parti pembangkang, BN dan Umno dapat dijatuhkan, kata Pengerusi DAP Tan Kok Wai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 19 Mac, 2022.
Hanya dengan perpaduan antara parti pembangkang, BN dan Umno dapat dijatuhkan, kata Pengerusi DAP Tan Kok Wai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 19 Mac, 2022.
“Pengkhianatan Bersatu yang membawa kepada kejatuhan PH. Kita tidak akan membentuk kerjasama dengan parti yang tidak berprinsip, yang mengkhianati rakyat dan tidak jujur.

“Jika semua parti tidak berkongsi nilai yang sama, pakatan itu tidak akan bertahan lama.”

Ditanya tentang kenyataan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang PH dan Perikatan Nasional sedang dalam perundingan, Tan menafikan wujudnya usaha runding itu.

“Politikus perlu berhati-hati dengan apa yang mereka cakap dan buat.”

Tan berkata PH tidak akan berkerjasama dengan PN kerana ia diterajui Bersatu dan PAS.

Bercakap tentang Warisan yang baharu membuat kemunculan dalam persada politik Semenanjung di Johor, Tan menggambarkan keahlian parti itu sebagai mereka yang kecewa dengan parti politik lain.

Kemunculan Warisan di Semenanjung bermula di Johor boleh dipersoalkan niatnya, kata Pengerusi DAP Tan Kok Wai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mac, 2022.
Kemunculan Warisan di Semenanjung bermula di Johor boleh dipersoalkan niatnya, kata Pengerusi DAP Tan Kok Wai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mac, 2022.
Beliau turut mempersoalkan niat mereka bertanding di Johor.

Walaupun Warisan berhak melebarkan sayapnya ke Semenanjung, Tan berkata parti itu tidak sepatutnya mengambil dan merampas ahli parti lain.

“Saya tak rasa rakyat akan hargai. Mereka juga kalah di semua enam kerusi ditandingi dan hilang deposit di Johor. Kerusi yang mereka bertanding juga kerusi PH, jadi apa niat mereka?

Bercakap tentang Pejuang yang diterajui bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Tan berkata parti itu perlu mengkaji semua kedudukannya dalam politik Malaysia selepas hilang deposit di semua 42 kerusi ditandinginya di Johor.

“Muda adalah paling hampir dengan PH dalam aspek falsafah politik.”

PRN Johor menyaksikan banyak pertandingan pelbagai penjuru antara parti dan PKR juga memilih menggunakan benderanya sendiri berbanding logo PH.

DAP dan Amanah memberikan enam kerusi kepada Muda dan satu dimenangi oleh Amira Aisyah di DUN Puteri Wangsa.

DAP pula menang 10 daripada 16 kerusi ditandinginya dan PKR hanya menang satu daripada 20 kerusi.

Pengajaran kekalahan

Selepas PH kalah tiga kali berturut-turut pada pilihan raya negeri, Setiausaha DAP Pahang Lee Chin Chen mencadangkan mungkin sudah tiba masanya DAP untuk bergerak sendiri.

Beliau mencadangkan kerjasama tersirat dengan setiap parti menggunakan logo mereka sendiri tetapi masih bekerjasama sebagai sekutu dan rundingan pembahagian kerusi.

Tan berkata DAP mengalu-alukan semua pandangan ahli, tetapi menambah yang PH tidak akan berpecah walaupun berdepan kegagalan.

Katanya, ada masa baik dan sukar untuk PH, tetapi pengukuhan kerjasama adalah keutamaan terpenting.

Jika pembangkan terus berpecah, BN akan terus mentadbir dan terus korup, kata wakil rakyat lapan penggal itu.

“Kita (PH) tidak boleh dipertanggungjawabkan hanya kerana kita hilang dua tiga pilihan raya. DAP juga kalah di Johor pada 1995, 1999 dan 2004, menang hanya empat kerusi. Pada 2008 kita menang 13 kerusi dan pada 2008 kita menang 14.

“Jika kita memilih untuk menyerah kalah kerana prestasi lepas, kita tidak akan mampu mencapai hasil yang baik.

“Pada pilihan raya lepas, orang meramalkan yang kita akan hanya menang satu dua kerusi, tetapi kita menang 10 daripada 14.” – 19 Mac, 2022.

SEHATI SEJIWA

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

TAK PERLU

SEHATI SEJIWA

AMIN

YANG WAJIB

SAMA BERSATU

HALANG PENCURI

KEMBALI BEKUASA

AMIN

MASUKAN NAJIB

SEGERA KEDALAM

PENJARA

AMIN

SATU  

BARISAN BARU

UNTUK 

HADAPI PRU15 

 AMIN

TIDAK BEREBUT

KERUSI 

PENJARAKAN 

NAJIB SEKARANG

AMIN

JANGAN GILA

NAK JADI PM

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penjarakan najib, penjarakan zahid.. bapak dafi selamat..

Tanpa Nama berkata...

Puak pencuri bersatu hati setia jiwa macam geng lanun sebab ITU tahan lama lama walau apa pun berlaku, geng pencuri akan satu hati sejiwa, manakala yang dok sembang siang malam bela rakyat, tak bela rakyat pun, bagi 30 Jinggut, mintak rakyat berkorban, mintak rakyat ikat perut, sapa nak sokong, sokong pencuri ada habuan masuk, sokong ikat perut semua lingkup, kah kah kah, lepas tu tak habis habis berebut tongkat Sakthi, tikam tebuk jolok kiri kanan kah kah kah, sapa boleh percaya lagi, kan lebih baik pencuri yang kita kenal dari atok tua mampooosssss yang rosak negara selama ini? Baik bagi gelaran Bapa Rasuah Negara kepada atok, semua yang Najib's buat ajaran Atok belaka, bapak borek anak rintik amin

Cekpit Kelima berkata...

Setiap hari duk kutuk Anwar, kutuk pemimpin PAS..dua parti Melayu bukan BN terbesar di Malaysia. Pada masa yang sama duk sembang pasal United Front. Tak salah nak sembang pasal United Front, sebab matematik asas budak sekolah pon reti, semua boleh sembang pasal United Front. Tapi kalau sembang tanpa penyelesaian tak guna. Terlampau byk tanda soal yang bisa memecahbelahkan kerjasama. Dah terlalu ramai org di Malaysia ni yang reti sembang tapi takdak solution. TT mungkin benci kebenaran ini,tapi perhatikanlah kenapa Najib bisa kembali popular. Sebab Najib bukan sembang kosong. Status dia penuh fakta dan dia sentiasa beri cadangan dan jalan penyelesaian, desak kerajaan. Itu yang rakyat mahu, itu yang rakyat nampak. Dah terlalu ramai politikus dan penganal politik termasuk TT sekali yang terlampau sembang sehingga rakyat muak. Rakyat tak bodoh. Tak sokong, tak setuju dengan kamu bukan bermakna kami bodoh. Noktah.