Isnin, 14 Mac 2022

HALANG PENCURI KEMBALI BERKUASA

 




PM perlu runding PN untuk bubar Parlimen, kata Muhyiddin

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu berunding dengan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) sebelum boleh memutuskan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal, kata Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinan naib presiden Umno itu hari ini didukung majoriti yang datangnya daripada ahli Parlimen mewakili PN.

“Bilangan kita (ahli Parlimen) 72, (sedangkan ahli Parlimen) Umno hanya mempunyai 42 orang, kalau ikut kedudukan itu untuk wujudkan situasi stabil, supaya politik negara tak berhadapan isu lain, masalah Covid-19 itu yang dipersetujukan, tetapi saya nak sebut persetujuan atas dasar beberpa perkara antara PN yang disepakati dengan perdana menteri.

“Satu perkara dipersetujui bila mana perdana menteri nak buat keputusan bubar Parlimen atau (mendapatkan) perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk bubar (Parlimen) beliau hendaklah runding dan berbincang dengan pimpinan tertinggi PN.

“Itu perkara yang kita persetujui,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian ketika sidang media malam tadi selepas keputusan PRN Johor diumumkan.

Muhyiddin bagaimanapun berharap perdana menteri menimbang semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan membubarkan Parlimen.

“Apa pun dari sudut kita, kita harap apa yang penting dalam situasi yang masih belum selesai, proses pemulihan ekonomi baru bermula, masalah Covid-19, Omicron masih mencacak besar, perkara ini perlu diambil kira.

“Apa pun kita nak perdana menteri berbincang dengan kita dan harap ini dilakukan sebelum apa-apa perkara dibuat untuk perkara itu (bubar Parlimen),” kata Muhyiddin.

Perkara berkaitan pembubaran Parlimen timbul apabila Barisan Nasional (BN) menang besar di PRN Johor yang berlangsung hari ini. 

Gabungan itu menang dua pertiga majoriti daripada 56 DUN Johor. BN menang keseluruhan 40 kerusi termasuk tiga daripada MCA dan empat MIC. Umno menang 33 kerusi.

PN pula sekadar berpuas hati menang tiga kerusi – Endau, Bukit Kepong dan Maharani.

PN juga hilang kerusi Gambir, kawasan yang disandang Muhyiddin sebelum ini, namun beliau tidak mempertahankannya dalam PRN ini.

Ditanya berkenaan kedudukannya sebagai pengerusi PN, Muhyiddin sedia menyerahkan kepada komponen untuk menentukan perkara itu. 

“Saya bersedia bila-bila masa kalau ahli parti buat keputusan begitu. Kedudukan saya persetujuan daripada rakan pimpinan dalam PN, kalau nak tukar-tukarlah, saya terima, kita amalkan sistem demokrasi, hak nak tentu bukan saya tapi pimpinan dalam komponen PN,” kata Muhyiddin.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, walaupun sekadar menang di tiga kawasan itu merupakan petanda PN diterima pengundi di Johor.

“Bermakna kempen yang kita laksanakan dalam tempoh PRN telah menarik perhatian rakyat Johor tapi tak dapat cukup bilangan untuk membuat perubahan. 

“Ini satu petanda kita diterima tapi tak sebesar kita harapkan dan perjuangan kita ini tak terbatas walaupun keputusan yang secara umumnya tak memihak kepada PN,” katanya. – 13 Mac, 2022.

 

WOIT

JANGAN LUPA 

SYARATTON

KAH KAH KAH

SABRI DI TEKAN

KLUSTER PENJARA

KLUSTER

AMIN

SOKONG SABRI

SELAMAT NEGARA

DARI PENCURI

AMIN

BERSATU HALANG

PENCURI KEMBALI

BERKUASA

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Midin bebal, tarik balik sokongan pada mail skrg la, tuko kerajaan wan teruskn kerzjaan baru smpi cukup 5 tahun, apa ke bangang sgt ko midin