Isnin, 14 Mac 2022

LANGKAH BIJAK AL-KETATI

 



Khairuddin umum keluar PAS

AHLI Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali umum keluar PAS berkuat kuasa hari ini.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di bangunan Parlimen selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan di Parlimen jam 2.30 petang tadi.

“Saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Khairuddin, 49, menyertai PAS pada 1989. Umurnya ketika itu 16 tahun.

Bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin itu berkata, beliau akan jadi ahli parlimen bebas di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun beliau akan memenuhi janji kepada parti yang dibuat semasa menyertai pilihan raya.

“Saya akan menyerahkan semua elaun bulanan sebagai ahli parlimen pada waktu berbaki sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai memenuhi bai’ah yang dibuat ketika bertanding pilihan raya,” katanya.

Khairuddin juga berkata, sebagai Muslim beliau akan terus berpegang dan memperjuangkan segala yang dipegang dan diperjuangkan oleh PAS.

Ditanya pemberita mengenai alasan tindakannya keluar parti, Khairuddin berkata: “Sukar untuk dijawab.”

“Saya sayangkan PAS. Saya ‘kekal PAS’ insya-Allah tetapi bukan sebagai ahli organisasi kekal, tetapi kekal dengan matlamat perjuangan dasar dan tujuan insya-Allah,” katanya.

Khairuddin mengumumkan langkah keluar parti hanya beberapa jam selepas mengkritik PAS yang didakwanya sudah membuang budaya politik matang “jauh ke dalam Laut China Selatan”.

Beliau menegur sikap kepimpinan parti yang katanya mengamalkan budaya penafian dan menyembunyi masalah, yang jika dibiarkan boleh membunuh masa depan PAS.

“Walak dan ketaatan tidak seharusnya mematikan muhasabah dan kritikan. Kritikan bukannya penderhakaan terhadap walak.

“Kritikan terbuka perlu diterima di saat teguran dalaman menerusi mesyuarat tertutup tidak lagi diendahkan bahkan dibocorkan kepada awam sehingga menimbulkan fitnah kepada orang yang menegur,” katanya dalam satu tulisan di Facebook pagi tadi.

Tindakan Khairuddin keluar PAS adalah kemuncak daripada episod pertembungannya dengan parti sekurang-kurangnya sejak beberapa bulan kebelakangan.

Khairuddin kalah pemilihan ahli jawatankuasa PAS pusat pada muktamar parti awal November 2021. Beliau kemudian dilantik ke jawatankuasa itu bersama beberapa tokoh lain yang juga kalah, antaranya Nik Mohamad Abduh Nik Abdullah.

Tetapi tidak sampai sebulan Khairuddin dilucutkan jawatan itu. Alasan penggugurannya tidak pernah disebut secara jelas namun Takiyuddin menafikan ada kaitan dengan isu kerjasama PAS dengan Umno atau Bersatu.

Khairuddin adalah antara pemimpin PAS yang lantang menyuarakan pandangan tentang perlunya parti Islam itu mempertahankan kerjasama dengan Umno dalam Muafakat Nasional.

Lebih kurang sebulan selepas pengguguran itu, Khairuddin digugurkan pula daripada jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengesahkan tindakan itu atas alasan masalah disiplin. Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kontroversi kerana didakwa melanggar perlembagaan parti tetapi selesai apabila Khairuddin sendiri kemudian mengumumkan letak jawatan. 

Khairuddin mula bertanding pilihan raya mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum 2013, menang kerusi Parlimen Kuala Nerus. Beliau menang dengan majoriti kecil 610 dan seterusnya mengekalkan kerusi itu pada 2018 dengan majoriti lebih besar 8,447 undi. – 14 Mac, 2022.

WAL AUDI AL-KETATI

AMBIL LANGKAH

TEPAT LAGI BIJAK

AMIN

SOSOK BERANI

SOSOK JUJUR

SOSOK PENCARI

YANG KETAT 

LAGI SENDAT

KAH KAH KAH

UNTUK DILIPAT

SAMBIL DIPASAK

KAH KAH KAH

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana mp pas nak melompat adalah dibenarkan... ini sahaja parti yang mp dibenarkan melompat dan akan disokong rakyat... kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Lu ingat niaga ugama senang? Bila cashflow sangkut, kena Jual Audi, kena cerai Bini. Audi second hand Xda nilai. Bini second hand pulak cari ulama glamor. Shit happens.

Tanpa Nama berkata...

Dan ini juga boleh dijadikan kuliah politik untuk ahli ahli pas yg pas bukan agama tapi hanya sebuah parti politik mcm yg lain lain jugak. Sbb yg keluar ni bukan calang calang org. Ahli syura tau!! Tak kan kafir kot