Rabu, 16 Mac 2022

PANDANGAN BETUL DARI PENG ANAL

 



Pakatan boleh hilang Negeri Sembilan jika tidak bersatu, kata penganalisis

NEGERI Sembilan boleh menjadi negeri milik Pakatan Harapan (PH) seterusnya yang tewas kepada Barisan Nasional (BN), sementara masih memberi saingan politik sengit di Selangor dan Pulau Pinang, kata penganalisis.

Jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tidak lama lagi, prestasi kemenangan BN dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor pada Sabtu lepas boleh berterusan.

“Jika trend itu berterusan, PH berisiko kehilangan Negeri Sembilan, dengan majoriti tipis,” kata Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

PH mempunyai 20 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan, manakala BN 16.

PH mengambil alih negeri itu daripada BN pada PRU14 yang diadakan pada 2018. Negeri lain yang dirampasnya daripada BN ialah Johor dan Melaka, yang kalah kepada BN dalam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini. PH bagaimanapun berjaya mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang.

Pada mulanya, PH turut menguasai Perak, Kedah dan Sabah tetapi ini berubah susulan Langkah Sheraton pada Februari 2020, dengan beberapa ahli Parlimen bertukar pakatan politik selepas PH digulingkan di peringkat persekutuan.

Dengan Bersatu meninggalkan PH, ia kemudian hilang kerajaan Kedah dan Perak melalui pembelotan, dan kemudian Sabah, pada September 2020 melalui PRN.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura juga bersetuju Negeri Sembilan boleh menjadi negeri seterusnya yang kembali kepada BN.

“Negeri Sembilan adalah berkemungkinan kerana perbezaan bilangan kerusi DUN antara dua kem utama adalah kecil,” katanya.

Bagi James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania, Selangor adalah negeri seterusnya PH perlu perhatikan dan tidak mengambil mudah, lebih-lebih lagi jika PRU15 diadakan dalam tempoh enam bulan akan datang.

Pakatan pembangkang masih akan memberikan BN saingan sengit di Selangor dan Pulau Pinang, walaupun kejayaan dan momentum BN nampaknya semakin kuat.

“PH boleh bertahan di Pulau Pinang kerana tiada Cina atau parti pelbagai kaum kuat yang boleh mencabar mereka. Jadi, mereka berkemungkinan kekal berkuasa di sana.

“Tidak mungkin Pulau Pinang akan tumbang tetapi Selangor bagi saya 50-50 sekarang.

“Sebab saya berkata demikian kerana BN mempunyai momentum sekarang dan peluang ada jika pilihan raya diadakan dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya.

Tunku Mohar melihat kemungkinan perpecahan undi di kerusi luar bandar Selangor sebagai ancaman kepada PH kerana bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali berpaling tadah kepada Bersatu.

Beliau berkata “elemen Azmin” yang masih berada dalam PKR Selangor boleh menjejaskan peluang PH untuk mengekalkan kerusi yang disandang PKR.

“Tambahan pula, perpecahan undi mungkin menguntungkan BN, seperti yang kita lihat di Melaka dan Johor.”

Pada PRN Johor baru-baru ini, BN memperoleh kemenangan besar ke atas pembangkang, dengan memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN.

Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya, pembangkang boleh menang tambahan 17 kerusi jika mereka bertanding di bawah satu logo.

Semua penganalisis berkata pembangkang yang tidak bersatu tidak boleh berharap untuk mengalahkan BN. Perkara ini jelas daripada PRU14.

“Mesej dari Melaka dan Johor adalah jelas. Tanpa satu lawan satu dalam pilihan raya, BN mempunyai kelebihan kerana ia sudah membentuk akar umbi, tidak seperti parti lain,” kata Tunku Mohar.

Oh dan Chin berkata, setiap ahli pembangkang mempunyai kemampuan masing-masing dalam menarik sokongan. Di mana Anwar Ibrahim daripada PKR tidak dapat menarik undi Melayu, Dr Mahathir Mohamad mampu melakukannya.

“Anwar tidak mempunyai tarikan yang sama tetapi Dr Mahathir juga mendapat manfaat daripada PH menarik undi bukan Melayu untuk Bersatu ketika itu. Jadi ia adalah hubungan simbiotik,” kata Oh.

Chin berkata Dr Mahathir, yang ketika itu pengerusi PH, mampu memecahkan kubu kuat BN bagi undi luar bandar.

“Sumbangan Dr Mahathir ialah beliau berjaya mendapat satu pertiga undi Melayu luar bandar. Jadi, itu memecahbelahkan kawasan luar bandar kerana secara tradisinya kawasan luar bandar adalah kubu kuat BN. Perpecahan kawasan luar bandar dan menggabungkan ini dengan undi bandar menunjukkan PH mendapat sokongan kuat.

“Jadi, DAP mempunyai undi Cina, PKR mempunyai undi bercampur dan Dr Mahathir mempunyai undi Melayu luar bandar - bersama-sama mereka menang,” kata Chin. – 16 Mac, 2022.



PANDANGAN

PENG ANAL BETUL

TEPAT SAHIH

AMIN

JIKA PAKATAN

DAN PARTI LAIN

TIDAK MENGIKAT

PERJANJIAN 

IKATAN BARU

 GEROMBOLAN

AKAN 

MENANG BESAR

KHALAS

KALAU MASIH

BEBAL

TAK BELAJAR 

DARI MELAKA

DARI JOHOR MAKA

PERGI MAMPOOS

PAKATAN

AMIN

KALAU MASIH

GILA NAK JADI

PERDANA MENTERI

MASIH GILA NAK

PAKAI LOGO PARTI

PERGI LINGKUPLAH

AMIN

RAKYAT AKAN

SUSUN

SATU CERITA BARU

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Harapan tiada Harapan, kah kah kah selagi Nuar Guan Eng dan sekutu tidak mahu pencen, tiada harapan, pi mampoos terus lagi baik semua pencuri, namun pencuri terbaik dunia digelar Bossku, amin syukur nama Melayu terus famous seluruh dunia, kah kah kah