Rabu, 16 Mac 2022

NAJIB DI ZALIMI ?


Mahkamah tolak permohonan Najib masukkan bukti baharu dalam rayuan SRC

MAHKAMAH Persekutuan menolak permohonan Najib Razak untuk memasukkan bukti baharu dalam kes rayuan rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata permohonan untuk memasukkan bukti tambahan tidak memenuhi kehendak undang-undang.

“Kami mendapati permohonan ini tidak mematuhi kehendak undang-undang. Tidak ada sebarang kesalahan yang membolehkan ia dirayu,” perintah Tengku Maimun.

Keputusan adalah hasil sebulat suara panel lima hakim yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh.

Mahkamah Rayuan tahun lepas mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 untuk mensabitkan Najib atas tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta yang memasuki akaun peribadinya. 

Mahkamah rayuan juga mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu yang diikat jamin mahu mengemukakan bukti baharu daripada Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dan Pegawai Penyiasat SRC International Rosli Hussein atau pihak lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada Disember tahun lepas mahkamah rayuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu dengan mengatakan ia “tidak perlu”.

Bagaimanapun Najib dalam permohonan terbarunya berkata semua isu yang dibangkitkan di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan belum ditentukan sepenuhnya dan ia adalah demi kepentingan keadilan beliau memperoleh perbicaraan yang adil dengan mengemukakan semua bukti.

Beliau berkata SPRM pada 19 November 2019 mengesahkan RM65 juta dana berkaitan 1MDB diperoleh daripada Cutting Edge Industries, sebuah syarikat di Singapura yang dikawal oleh Tawfiq Ayman, suami kepada bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz dan rakan perniagaannya Samuel Goh.

Dilaporkan awal tahun ini sebuah lagi syarikat berpangkalan di Singapura Iron Rhapsody milik Tawfiq dan anaknya menerima sejumlah RM66 juta daripada syarikat dan akaun bank yang dikaitkan dengan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Polis Singapura juga dilaporkan sudah memaklumkan kepada BNM pada 2015 dan 2016 mengenai transaksi mencurigakan ini melibatkan syarikat milik Tawfiq dengan dana datang daripada akaun yang dikaitkan dengan Low. Zeti merupakan gabenor BNM ketika itu. – 16 Mac, 2022.


NAJIB 

DI ZALIMIMI ?

KAH KAH KAH

SEMUA KERENAH

NAJIB DIIKUTI

AMIN

SEMAU KERENAH

EEE SHAFIEE

DIIKUTI

KAH KAH KAH

MACAM MACAM

TRIK  DIBUAT

NAK LAMBATKAN

MASUK JIL

AMIN

MASANYA LEWAT

 DAH NAK 

MASUK 3 TAHUN

PENCURI INI

MASIH BEBAS

AMIN

SAMPAI MASA

DIHANTAR NAJIB

SEGERA KE JIL

KHALAS

AMIN

BERI PENCURI

REHAT BIAR

NAJIB RANCANG

ROMPAKAN BARU

KAH KAH KAH

ATAU BIAR NAJIB

TUNGGU GENG

DATNG JOIN

NAK BUAT TIM

NET BALL

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul masuk dulu dalam jil... dia nak rayu ke benda lancau ke.. biar dia buat dalam jil

hamim berkata...

Najib yang menzalimi dirinya, jika dia amanah, tidak tamak, berfikir dengan bijak sana, dia pasti menjadi seorang PM yang disanjung oleh rakyat....tetapi dia gelap mata, hilang pwrtimbangan beraja dimata dan beraja dihati kerana dia fikir tiada siapa dapat mengalahkanya pengikut dan penjilatnya menerima seadanya apa jua yang dilakukanya malah mempertahankan segala perbuatan dan tindakannya walaupun diketahui dia melakukan kesalahan hingga negara berhutang berbilion kerana penyelewengan dilakukanya, rakyat yang tidak bersalah terpaksa menanggung membayar hutang negara, sekarang dia tunggulah pembalasan didunia berpunca dari kesalahan yang dilakukanya.