Jumaat, 18 Mac 2022

TEKANAN DALAM PAU

 


Tiada usul pilihan raya dibincangkan dalam mesyuarat MT Umno, kata Ismail Sabri

MAJLIS Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat hari ini membincangkan mengenai usul-usul yang akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno 2021 (PAU 2021), esok.

Bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas MT yang dipengerusikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada usul berkaitan soal pilihan raya dibincangkan.

“(Mesyuarat hari ini bincang) seperti tahun-tahun dahulu ...usul atau laporan daripada wakil MT ke mesyuarat sayap. Itu sahaja,” kata naib presiden Umno itu kepada pemberita di Kuala Lumpur malam ini.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam bermula 8.30 malam itu turut dihadiri Timbalan Presiden Mohamad Hasan, dua Naib Presiden iaitu Mohamed Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid serta barisan ahli MT.

Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri yang dirasmikan Mohamad semalam, ditangguhkan hari ini selepas sehari bersidang. – Bernama, 17 Mac, 2022.



KAH KAH KAH

BETUL KE

BERITA INI

KAH KAH KAH

NAMPAKNYA

GENG PENJARA

GENG MAHKAMAH

TAK KUAT DALAM

MT GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

MESTI ADA 

BERI TEKANAN  

MUSTAHIL

KUEH PAU 

TAKDA MASA PAU

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: