Jumaat, 18 Mac 2022

TO MAT BAKAL PM GANTI SABRI

 



Buat PRU15 segera, jangan biar pembangkang bangkit semula, kata Tok Mat

UMNO akan terkesan jika Pilihan Raya Umum (PRU) ditangguhkan kerana ia akan membuatkan pembangkang ada masa berbaik semula dan menyusun strategi baharu, kata timbalan presiden Mohamad Hasan malam ini. 

Beliau, lebih dikenali sebagai Tok Mat, menggesa PRU diadakan secepat mungkin, menyeru Umno “menyerang” ketika pembangkang dalam keadaan lemah.

“Ini masanya kita pantas memintas saat mereka berpecah dan bertelagah dan pelbagai pilihan raya diadakan ketika pandemik berlangsung dengan berjaya dan teratur.

“Jangan biarkan mereka bersatu semula seperti apa yang mereka buat pada PRU14, di mana Tun M (Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim) berbaik satu sama lain. Itu akan menyebabkan kita kalah.


“Jadi, sekarang masa yang sesuai untuk kita. Melengahkan PRU akan membuka potensi kebangkitan pembangkang,” kata Tok Mat ketika berucap dalam Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021.

Gesaan timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dibuat selepas gabungannya menang 40 kerusi daripada 56 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Johor minggu lepas.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan berkata, tiga pilihan raya negeri selepas pilihan raya umum ke-14 memberi petunjuk yang pembangkang semakin hilang sokongan dan lemah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Mac, 2022.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan berkata, tiga pilihan raya negeri selepas pilihan raya umum ke-14 memberi petunjuk yang pembangkang semakin hilang sokongan dan lemah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Mac, 2022.
Tok Mat berkata, tiga PRN selepas PRU14 memberi petunjuk yang pembangkang semakin hilang sokongan dan lemah.

Katanya PKR, DAP dan Perikatan Nasional (PN) tidak berjaya dalam mana-mana pilihan raya yang diadakan sejak PRU14 sehingga BN dapat meraih kemenangan besar di Melaka dan Johor.

Beliau berkata PKR telah kehilangan semua kerusinya di Melaka dan Sarawak, dan hanya menang satu kerusi di Johor.

“DAP pula hilang banyak kerusi di Melaka dan Sarawak, manakala di Johor menang 10 daripada 14 kerusi.

“PN pula bergantung kepada jentera PAS dan bukan pesaing rapat lagi,” katanya menambah BN boleh menang lebih banyak kerusi jika strategi lebih mantap dibuat.

Dalam pada itu, Tok Mat juga berkata Umno perlu kukuhkan diri sebagai parti dominan di Malaysia, tanpa bergantung kepada parti lain.

Umno perlu memenangi pilihan raya dan kawal kerajaan, katanya. 

“Kita mesti menjadi kuasa politik terkuat. Tidak ada gunanya menjadi parti terbesar di negara ini dengan lebih tiga juta ahli tetapi hanya ada 17 peratus kerusi di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata, Umno juga perlu berhenti bergantung kepada parti lain untuk memerintah termasuk bersekutu dengan PAS.

“Berhenti bergantung kepada parti lain untuk memerintah terutamanya PAS, Bersatu dan Pakatan Harapan (PH).

“Kita tidak boleh bergantung kepada ihsan belas orang dan budaya mencari jalan untuk bertahan mesti dibuang. Jangan sekali-kali meminta ihsan belas (politik) daripada orang lain.

“Kita juga harus berhenti memberi belas ihsan politik kepada orang lain, terutama kepada mereka yang meminta peluang tetapi akhirnya menikam kita dari belakang,” katanya.

Mohamad turut mengkritik pemimpin parti terdahulu yang keluar selepas BN kalah dalam PRU14.

“Apabila Umno kalah, mereka beri alasan seperti untuk berehat tetapi sebaliknya melompat atas sebab yang paling menyakitkan.

“Kini Umno diterima semula oleh orang Melayu dan tiba-tiba mereka muncul semula. Mereka hanya oportunis,” katanya. – 16 Mac, 2022.


TO MAT

DAH MULA GIAN

NAK JADI PM

KAH KAH KAH

BILA NAJIB ZAHID

MASUK JIL

TOK MAT MUNCUL

AMIN

 BUKA  KEMBALI

KES HANTAR DUIT

10 JUTA 

KE LONDON

KAH KAH KAH

MASUKKAN

 TOK MAT

KE  DALM

TIM PENJARA

KAH KAH KAH

BIAR TOK MAT

BERSOLIDARITI

DGN ZAHID NAJIB 

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: