Ahad, 10 April 2022

INGATKAN SABRI

 



Bincang dengan Perikatan sebelum buat PRU15, kata Muhyiddin kepada PM

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mesti berunding dengan Perikatan Nasional (PN) dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan, kata Muhyiddin Yassin hari ini.

Katanya, beliau memaklumkan perkara itu kepada Ismail Sabri dalam majlis berbuka puasa melibatkan pemimpin PN dan perdana menteri, semalam.

“Saya juga antara lain mengingatkan YAB Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk Kerajaan Persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” tulisnya di Facebook.

Walaupun PN membentuk kerajaan persekutuan dengan Barisan Nasional yang diterajui Umno, kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan mesra, memilih untuk melawan sesama sendiri pada pilihan raya di Sabah, Melaka dan Johor.

Umno juga memutuskan ia tidak akan meneruskan hubungan dengan PN dan Bersatu diketahui Muhyiddin untuk PRU15.  

Majlis berbuka semalam di Sri Perdana, Putrajaya dihadiri pemimpin PN termasuk Muhyiddin, Abdul Hadi Awang, Jeffrey Kitingan, Yong Teck Lee dan Dominic Lau.

“Dalam pertemuan ini YAB Perdana Menteri menekankan hubungan kerjasama dengan Perikatan Nasional dalam Kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara,” kata Muhyiddin lagi.

Pada Rabu, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu memberi mandat kepada Muhyiddin untuk meneroka kerjasama dengan parti lain bagi berdepan PRU15.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata majlis memutuskan yang Muhyiddin selaku pengerusi Biro Politik parti perlu meneroka strategi pilihan raya dengan parti lain susulan perkembangan terkini politik dan pilihan raya di Johor.

Muhyiddin minggu lepas mengakui yang beliau merancang mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad tentang peluang kerjasama pada PRU15.

Awal hari ini, Pakatan Harapan juga dilaporkan tidak menutup pintu kerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dipetik sebagai berkata yang PKR dan PH bersedia meneroka sebarang peluang dan bentuk kerjasama.

“Kalau tidak dapat dalam bentuk kerjasama, mungkin boleh buat persefahaman politik, ada banyak cara kita boleh buat,” katanya. – 10 April, 2022.

WOIT

INI HANYA BERI

INGATAN PADA

SABRI 114

AMIN

TAKUT 114 LUPA

PADA SYARAT

KAH KAH KAH

WOIT

KEMAH BESAR

MAKIN JELAS

AMIN

SATU PILIHAN

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

MELALUI SAT

UNITED FRONT

BARU

AMIN

KHALAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua cuma nak tanya satu jek...
dalam saf united front baru ni semua clean takde pencuri ke...?
mungkin TT buleh cai satu senarai panjang kot hehehe