Ahad, 10 April 2022

KESAH SEBEELUM PUASA




DARI ARKIB TUKAR TIUB

23 MEI 2017


KESAH 

SEBELUM KITA

BERPUASA
Beberapa tahun yang lalu dalam bulan Puasa saya telah sampai di sebuah pekan di Kelantan dalam pukul  1.30 tengah hari. Oleh kerana tak berpuasa saya mencari tempat makan tapi semuanya tutup. Kononnya Bandaran saman kalau menjual makan minum sebelum  jam 4.00 petang.

Di suatu ceruk di pekan itu ada saya ternampak orang keluar masuk kedai makan yang hanya dua papan selit yang terbuka.Sesampai nya di muka pintu kedai ada lebih kurang 10 orang di dalam kedai menunggu nasi dibungkus untuk tapau.

Sebelum tiba giliran saya seorang pakcik meminta dua bungkus nagi champor. Sambil menoleh kepada saya dia berkata:

" Hok chuchu2 ambor baru kelik tadika !"

Dalam hati memang terlintas kata kata Arwah A R Tompel...Rangkautember Rangkautember Rangkautember...
dan  pakcik tersebut  seterusnya menyuruh penjual nasi itu; 

"Mek  weh...Buboh sambal bbanyak!"

Bukan saja Darul Khusus ada Pedas...Nasi champor budak2 tadika Kelantan pun  podaih podaih di Bulan Ramadan Al Mubarak

Selamat Berpuasa dan Puasa lah kamu sebelum kamu di Puasakan.


SAMBAL

BUDU

-----------------

Tiada ulasan: