Sabtu, 9 April 2022

PAK LEBAI JANGAN MEMANDAI MANDAI

 





Jakim tidak boleh keluar kenyataan keputusan MKI, titah Sultan Selangor

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Baginda yang juga Pengerusi MKI dalam kenyataan hari ini bertitah bahawa sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa tersebut adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, MKI dan Majlis Raja-Raja.

Sultan Sharafuddin bertitah Jakim hanya bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Muzakarah dan MKI. 

“Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan timbalannya tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah. 

“Untuk makluman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan timbalannya bukan ahli MKI mahupun ahli Jawatankuasa Muzakarah. Justeru mereka tidak boleh mencampuri apa-apa keputusan Jawatankuasa Muzakarah dan MKI,” titah baginda.

Sultan Selangor bertitah, hanya Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah yang boleh menyembah maklum kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.

“Setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja, pelaksanaan keputusan muzakarah diserahkan kepada pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa Agama Islam setiap negeri,” titah baginda.

Berhubung isu Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqgani, Sultan Sharafuddin bertitah keputusan muzakarah telah mendapat perkenan sembah maklum Majlis Raja-Raja pada 4 Januari 2021. 

“Butiran penuh kepada keputusan muzakarah ini boleh dirujuk menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah pada semalam (8 April). – Bernama, 9 April, 2022.


PAK LEBAI

JANGAN MEMANDAI

MANDAI

KAH KAH KAH

KLIM BOLEH

ONLINE 

KAH KAH KAH

PEGANG TIKET

MASUK SYURGA

KAH KAH KAH

SEDARLAH

 RAMAI

YANG LAIN JUGA

BOLEH ONLINE

KAH KAH KAH 

JANGAN INGAT

PAK LEBAI SAJE

ADA MONOPOLI

HENPON

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Rosli berkata...

Idris Mulut Sagon ingat jadi Menteri boleh campur semua urusan agama Di Malaysia ni. Lantik dia duk dalam Jawatankuasa Muzakarah takut tak leh bercakap pulak. Ingat ni mesyuarat PAS ke, mesyuarat lain, sidang media cakap lain. Idris boleh la gosok Gigi, buang sagon dalam mulut tu.

Yeop sepet berkata...

Kahkahkah sultannya liberal,Mana suke pak lebai.