Selasa, 12 April 2022

PEMIMPIN JUJUR CAKAP BENAR

 


Pakatan hilang sokongan dalam PRN Johor, kata Loke

TERDAPAT penurunan ketara dalam peratusan sokongan terhadap Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, kata Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.

Beliau berkata walaupun peratusan keluar mengundi rendah DAP berjaya mengekalkan 10 kerusi DUN.

Berdasarkan itu ahli Parlimen Seremban itu berkata parti perlu meningkatkan persiapan dan bersedia untuk pilihan raya umum menjelang Ogos.

“Berdasarkan kepada pola pengundian di Johor, Pemukiman hari ini akan membincang dan menetapkan pelan tindakan yang khusus untuk 4 bulan yang akan datang. 

“Kami menetapkan sasaran bahawa seluruh jentera pilihanraya DAP mesti bersiapsiaga menjelang bulan Ogos 2022,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook. 

Loke berkata analisis mengenai corak pengundian dibentangkan pada pemukiman Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP untuk memahami kesannya terhadap PRU15.

Semasa PRN Johor pada 12 Mac Barisan Nasional (BN) memperoleh 40 daripada 56 kerusi untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Pakatan Harapan dan PKR memenangi 13 kerusi manakala Perikatan Nasional memenangi tiga kerusi.

Mengenai rang undang-undang anti lompat parti Loke berkata kepimpinan DAP sedia maklum bahawa antara syarat utama sebelum PRU diadakan ialah penggubalan undang-undang bagi memulihkan keyakinan pengundi terhadap sistem pilihan raya.

“Seluruh parti akan memberi sokongan padu kepada Saudara Gobind Singh untuk mewakili pendirian DAP dalam Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan oleh Parlimen semalam untuk memastikan agenda untuk meluluskan RUU Akta Lompat Parti sebelum akhir bulan Mei. 

“Objektif utama Pemukiman hari ini ialah untuk mencetus semula harapan dan keyakinan kepada semua pemimpin DAP untuk memimpin ahli-ahli akar umbi kita untuk berjuang habis-habisan dan memenangi sokongan rakyat dalam PRU15,” katanya.

Semalam kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pindaan Perkara 10 (3a) Perlembagaan Persekutuan dan merujuk pindaan dan penggubalan undang-undang anti lompat parti kepada Jawatankuasa Pilihan Khas susulan mesyuarat antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin Pakatan Harapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perdana menteri dan PH bersetuju menyemak serta memperhalusi tafsiran (undang-undang) sekatan ke atas lompat parti (dan mengkaji pemansuhan) Perkara 48(6) dan undang-undang lain yang berkaitan.

“Mereka juga memutuskan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas akan memutuskan pindaan Perlembagaan dan penggubalan rang undang-undang anti lompat parti yang baharu,” katanya. – 12 April, 2022.

 SUARA PEMIMPIN

JUJUR

AMIN

CARI SEBAB

KENAPA HILANG

PENGARUH

AMIN

SALAH SATU

SEBAB PAKATAN

HILANG SOKONGAN

KERANA

ANWAR IBRAHIM

SELALU KLIM

I GOT DE NUMBO

KAH KAH KAH

HENTIKAN KEJE

NAK JADI PM INI

KAH KAH KAH 

TUMPUKAN 

MEMBINA

UNITED FRONT

BARU YG

KUKUH & LUAS

KHALAS

Tiada ulasan: