Selasa, 12 April 2022

TANDA BAIK UNTUK SABRI 114

 


Zahid beri keterangan bela diri 47 kes di mahkamah esok

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi akan memberi keterangan membela diri esok terhadap 47 pertuduhan jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang terkait dengan dana Yayasan Akalbudi, lapor Bernama.

Peguamnya Hamidi Mohd Noh yang dihubungi Bernama berkata Ahmad Zahid adalah saksi pembelaan pertama dalam perbicaraan peringkat bela diri yang bermula esok.

Kes akan dibicarakan 9 pagi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 39 hari untuk pembelaan antara 13 April hingga 10 November.

Ahmad Zahid memilih untuk memberi keterangan bersumpah di kandang saksi, yang akan memberi peluang kepada pihak pendakwaan menyoal balas beliau.

Pada 24 Januari lalu, Hakim Sequerah memerintah Ahmad Zahid membela diri atas 12 pertuduhan jenayah pecah amanah, lapan kes rasuah dan 27 kes cuci duit melibatkan puluhan juta dana milik Yayasan Akalbudi.

Beliau memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan ada kes prima facie terhadap bekas timbalan perdana menteri selepas mahkamah menilai secara maksimum bukti yang dikemukakan pendakwaan.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendengar keterangan 99 saksi ketika pihak pendakwaan menutup kes pada 19 Mac 2020.

Ahmad Zahid dibicarakan bermula 18 November 2019.

Dalam pertuduhan pecah amanah, Zahid didakwa menggunakan duit Yayasan Akalbudi untuk membayar hutang kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pertuduhan rasuah pula melibatkan dakwaan menerima suapan daripada tiga syarikat semasa beliau jadi menteri dalam negeri untuk membantu mereka mendapatkan kontrak MyEG.

Kes pengubahan wang haram pula melibatkan wang daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Zahid dibela barisan peguam diketuai Hisyam Teh Poh Teik sementara pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran.

Perbicaraan sebelum ini terganggu beberapa kali susulan sekatan Covid-19 dan masalah kesihatan Zahid.

Selain 47 pertuduhan yang diperintah untuk bela diri hari ini, Zahid juga berdepan 40 lagi pertuduhan jenayah rasuah melibatkan wang berpuluh-puluh juta ringgit. – 12 April, 2022.



BERITA INI

BERI TANDA

SABRI 114

AKAN SELAMAT

AMIN

SEKARANG 

SABRI 114

BOLEH TIDUR

NYENYAK

AMIN

DULU MANDI

TAK BASAH

ENTOT TAK KERAS

KAH KAH KAH

SEKARANG

SEMUA BERES

KHALAS

Tiada ulasan: