Khamis, 14 April 2022

PENG ANAL DAN PENG LIHAT

Kerjasama PKR-Bersatu langkah terdesak, kata pemerhati

CAKAP-CAKAP tentang kemungkinan kerjasama antara PKR dan bekas sekutunya Bersatu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mungkin akan hanya dilihat sebagai satu langkah terdesak, kata pemerhati politik.

Rundingan itu dimulakan selepas kedua-dua parti mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini, kata mereka.

Felo kanan di Hal Ehwal Antarabangsa Singapore Institute Oh Ei Sun berkata bandul itu boleh berayun ke arah mana pun jika kerjasama itu menjadi kenyataan.

“Ini adalah langkah terdesak oleh kedua-dua pihak, PKR dan Bersatu, di mana mereka baru saja kalah teruk di Melaka dan Johor (dan untuk PKR, di Sarawak juga).

“Kedua-dua parti sudah pasti hilang sebahagian daripada penyokong lama mereka yang tidak gembira dengan kerjasama itu walaupun PKR dan Bersatu berbeza ideology.

“Ia akan dilihat sebagai hilang sokongan bakal berlaku walaupun kerjasama itu sepatutnya meningkatkan sokongan daripada penyatuan sekutu.

“Tetapi bila terdesak, anda akan cuba pelbagai cara untuk cari penyelesaian,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada Ahad, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dipetik sebagai berkata mereka tidak menutup pintu kerjasama dengan Bersatu pada PRU15.

Katanya, PKR terbuka untuk perbincangan dengan mana-mana parti politik, dan bukan Bersatu saja, dalam persediaan menghadapi PRU.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata tidak ada yang pasti selagi langkah kerjasama tidak dilakukan.

Beliau percaya PKR membuka ruang kerjasama dengan Bersatu, yang dulunya sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH), untuk menarik undi Melayu, di mana itu adalah kekurangan PKR.

“Setakat ini, kita tidak lihat PKR memulakan sebarang kontrak. Ia hanya cakap, ia membuka semua pilihannya. Hanya jika ia datang kepada Bersatu, itu kita boleh kata ia terdesak.

“PKR tahu pada masa ini ia tidak menerima sokongan Melayu yang banyak dan sesuatu perlu dilakukan untuk menyelesaikannya,” kata Tunku Mohar. – 14 April, 2022.

PENG ANAL

PENG LIHAT

KURANG ANAL

KURANG LIHAT

KAH KAH KAH

MEMANGLAH

TERDESAK

KERANA ITU

WAJIB DIRIKAN

UNITED FRONT

BARU

AMIN

DENGAN HANYA

SATU TUJUAN

AMIN

NAK MASUKKAN

NAJIB DALAM 

PENJARA

AMIN

SELESAIKAN

NAJIB DULU

AMIN

MALAH BOLEH

KERJASAMA

DENGAN SABRI

AMIN

SEMUA YANG

NAK LIHAT NAJIB

MASUK  JIL

BOLEH 

KERJASAMA

AMIN

INI POLTIK

BUKAN KENDURI

LENGGANG PERUT

KHALAS

Tiada ulasan: