Ahad, 15 Mei 2022

LAGI MERAKAM SEJARAH

 


Rundingan CSA dengan Muhyiddin bermula selepas Anwar gagal dapatkan 'nombor'

DAP mula meneliti perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dengan pentadbiran Muhyiddin Yassin kerana Anwar Ibrahim tidak mempunyai “nombor”, kata Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming.

“Agak jelas kepada kami jika Ahmad Zahid Hamidi dan kluster mahkamah menarik sokongan daripada Muhyiddin, ia akan menyebabkan beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

“Tetapi Anwar tidak mempunyai jumlah majoriti mencukupi dan beliau tidak akan dilantik sebagai perdana menteri. Dan kami sudah mengetahui perkara ini walaupun terdapat perisytiharan berkanun kerana kami sudah melihat permainan ini dimainkan berkali-kali.

“Itu adalah salah satu sebab mengapa saya merasakan kami perlu mendesak CSA,” kata Ong yang bersama-sama Ahli Parlimen Damansara Tony Pua memainkan peranan penting dalam membentuk CSA.

Ong ditemu bual The Malaysian Insight di pejabatnya di Kajang pada Jumaat lalu, beberapa hari selepas beliau mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ong menjelaskan sebab mengapa beliau dan Pua cuba berunding untuk CSA dengan Muhyiddin sebelum bekas perdana menteri itu meletak jawatan tahun lepas.

Presiden Bersatu itu digantikan dengan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baharu pada Ogos lalu.

Ong berkata kekurangan “nombor” dimiliki Anwar kemudiannya diperkukuh perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 apabila pembangkang tidak mendapat sokongan diperlukan daripada Barisan Nasional (BN) untuk menghentikan rang undang-undang itu.

“Adalah sangat jelas kepada kami Anwar tidak dapat menunjukkan kepada umum yang beliau mempunyai bilangan majoriti.

“Masa saya dalam politik, selama 9 tahun walaupun tidak begitu lama tetapi mengenali pemain yang berbeza, kami (dengan restu pemimpin DAP) pergi ke hadapan untuk merundingkan CSA.”

Anwar mendakwa beliau mempunyai nombor pada pertengahan pilihan raya negeri Sabah, September 2020 iaitu tujuh bulan selepas Pakatan Harapan (PH) digulingkan.

Anwar pada 23 September mengumumkan kerajaan Muhyiddin tumbang.

Sambil membayangkan beliau mendapat sokongan beberapa ahli Parlimen BN, Anwar mendakwa beliau mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu.

Sama seperti dakwaan yang dibuat pada 2008, Anwar bagaimanapun tidak dapat membuktikan majoriti dimiliki dan tidak menjelaskan kemudian mengapa membuat tuntutan itu.

Ong berkata titik permulaan Memorandum Persefahaman (MoU) bersejarah antara PH dan Ismail Sabri bermula daripada perbincangan CSA dengan pentadbiran Muhyiddin.

Beliau berkata rundingan CSA adalah perlu kerana pembangkang “tidak akan ke mana-mana” selepas kerajaan PH tumbang pada Februari 2020.

“Sebab rundingan dimulakan adalah kerana saya melihat pembangkang tidak ke mana dari segi mahu kembali berkuasa melalui beberapa jenis permainan ‘nombor’.

“Oleh itu, terdapat perbincangan yang membawa kepada tawaran Muhyiddin. Tawaran itu datang daripada perbincangan dengan Dr Marzuki Mohamad dan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Di pihak DAP, Tony Pua dan saya sendiri. Kami mengambil risiko ketika CSA mula-mula dicadangkan.

“Sehingga saat akhir kami tidak pasti sama ada Muhyiddin akan membuat tawaran itu. Tetapi beliau melakukannya dan apabila pengumuman dibuat, saya dan Tony berusaha keras untuk mencadangkan kepada pemimpin DAP mengambil sedikit masa untuk mempertimbangkan tawaran itu. – 15 Mei, 2022.

INI ADALAH

APA BERLAKU

DI BELAKANG

TABIR

AMIN

INILAH FAKTA

MERAKAM SEJARAH

AMIN

BABAK SEJARAH

ADA SEJARAHNYA 

SENDIRI

KHALAS

Tiada ulasan: