Ahad, 15 Mei 2022

RUNTUH RANTAH - MALAPETAKA CUACA

 


Jalan Gerik-Jeli teruk dan tidak selamat, kata MB Perak

KERAJAAN Perak membangkitkan isu mengenai keadaan Jalan Gerik-Jeli kepada kerajaan persekutuan berikutan sering mendapat rungutan daripada pengguna jalan raya sebagai teruk dan tidak memuaskan selain sering berlaku kemalangan jalan raya.

Menteri Besar Saarani Mohamad berkata beliau sendiri mengetengahkan masalah berkenaan dalam mesyuarat menteri besar, ketua menteri bersama-sama perdana menteri pada Februari lepas.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar dan peka terhadap keadaan jalan berkenaan namun sebarang kerja-kerja penambahbaikan atau penyelenggaraan jalan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya kerana laluan itu merupakan jalan persekutuan.

“Kalau ikut kepada janji dalam perjumpaan itu, memang sudah diambil kira dan akan ada peruntukan untuk membaiki dan selenggara jalan berkenaan dari Gerik ke Jeli,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Ipoh Heritage Tourism di Padang Ipoh di Ipoh, malam tadi.

Beliau turut memberi pencerahan berhubung status jalan tersebut yang sebelum ini sering disalah tafsir oleh pengguna jalan raya sebagai jalan negeri.

“Kita ada dua jenis jalan iaitu jalan persekutuan dan jalan negeri. Ia melibatkan Perlembagaan, wang untuk negeri…kita akan guna untuk jalan negeri.

“Jadi, peruntukan untuk jalan persekutuan, kita tidak boleh mencampuri begitu, sama juga wang Persekutuan tidak boleh mencampuri jalan negeri, itu dalam Perlembagaan Negara.

“Tapi kita sentiasa lakukan tindakan susulan (isu jalan Gerik-Jeli). Sebab orang ramai tidak tahu mana satu jalan negeri dan jalan Persekutuan, kita sahaja yang tahu,” katanya.

Sebelum ini, terdapat banyak rungutan daripada pengguna jalan raya menerusi media sosial berhubung Jalan Gerik-Jeli yang dikatakan begitu teruk dan berisiko kepada keselamatan mereka. – Bernama, 15 Mei, 2022.


BERBILION

TAHUN ALAM

WUJUD DENGAN

AMAN DAMAI

AMIN

MANUSIA DATANG

BAWA GERGAJI

BAWA JENTOLAK

TEBANG BALAK

MUSNAH HUTAN

AMIN

HASILNYA

MALAPETAKA 

CUACA

AMIN

RUNTUH RANTAH

TENGGELAM MATI

PUNAH RANAH

AMIN

INI HANYA

PERMULAAN

KHALAS

Tiada ulasan: