Ahad, 15 Mei 2022

PROJEK KETEPIKAN SABRI BERJAYA

 



Umno pinda perlembagaan, tangguh pemilihan parti selepas PRU15

UMNO telah meminda perlembagaannya bagi membenarkan pemilihan parti dilaksanakan selepas pilihan raya umum, menurut Umno Online selepas parti itu membatalkan sidang medianya hari ini.

Menurut portal berita tersebut, usul itu diluluskan oleh 2,586 perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Khas Umno di Pusat Dagangan Dunia hari ini.

“Usul itu dicadangkan oleh naib presiden Khaled Nordin dan disokong oleh naib presiden Ismail Sabri Yaakob,” kata parti itu.

Terdahulu, Khaled memberitahu perwakilan pindaan itu akan melibatkan perubahan tiga fasal iaitu iaitu Fasal 10.16, Fasal 15.3 dan Fasal 18.2.

“Dengan hanya melibatkan 3 fasal ini sahaja, ia bermakna pemilihan parti tetap diadakan tiga tahun sekali seperti yang terkandung dalam Fasal 9.3 Perlembagaan Umno,” kata Khaled.

Pindaan Perkara 10.16, akan membolehkan majlis tertinggi menangguhkan pemilihan bagi majlis tertinggi, bahagian dan pucuk pimpinan cawangan selama tidak lebih 18 bulan dari pilihan raya lalu

“Pindaan ini akan membolehkan majlis tertinggi menangguhkan pemilihan parti selama enam bulan selepas pilihan raya umum diadakan.

“Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan atau enam bulan selepas diadakan sesuatu pilihan raya umum Parlimen (Dewan Rakyat), yang mana terkemudian,” kata bekas Menteri Besar Johor itu.

Pindaan 15.3 dan 18.2 akan membolehkan majlis tertinggi menangguhkan pemilihan bagi Wanita Umno, Pemuda serta peringkat bahagian dan cawangan, tambahnya.

Perhimpunan hari ini diadakan untuk meminda perlembagaan parti bagi membolehkan parti itu menangguhkan pemilihan parti kepada selepas pilihan raya umum.

Kali terkahir pemilihan parti pada 2018 yang menyaksikan Zahid dilantik sebagai presiden Umno.

Walaupun ketika ini Zahid ada kelebihan pertahan jawatannya, namun beliau dijangka berdepan tekanan daripada puak Umno yang menyokong perdana menteri dan naib presiden Ismail Sabri Yaakob.

Dengan menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas pilihan raya umum, Zahid akan beroleh manfaat dan kata putus untuk menentukan siapa yang akan bertanding di bawah bendera Barisan Nasional (BN), memandangkan beliau juga pengerusi BN. – 15 Mei, 2022.

PROJEK

SINGKIR SABRI 114

BERJAYA

AMIN

PROJEK LARI

DARI PENJARA

BERJAYA

AMIN

APA LANGKAH

SABRI 114 ? UNTUK SELAMATKAN DIRI ?

AMIN 

APAKAH ROS

AKAN LULUS ?

JENG JENG JENG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: