Isnin, 30 Mei 2022

PATUH SYARIAH

 



Suruhanjaya Patuh Syariah bazir wang pembayar cukai, kata Rafidah

PENUBUHAN Suruhanjaya Patuh Syariah satu pembaziran dana awam, kata bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Rafidah Aziz.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini Suruhanjaya Patuh Syariah boleh membantu mengawal industri halal di negara ini.

“Pasukan petugas dan jawatankuasa semakin berkembang pesat, namun tiada laporan dibentangkan apatah lagi tindakan sebenar dilakukan.

“Dana awam dibelanjakan tanpa tujuan yang boleh disalurkan dengan lebih baik kepada kumpulan yang berkaitan dalam masyarakat dan pelbagai sektor ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam ucaptama pada Syarahan Abdullah Ahmad Badawi hari ini, Ismail Sabri berkata pada masa ini, cadangan kawal selia sedia ada lebih terhad kepada sektor kewangan Islam melalui Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti manakala Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengawal selia industri halal.

Beliau berkata, pada masa ini, ekonomi halal dilihat lebih mencakupi dan berkembang sekitar sektor kewangan dan makanan, sekali gus memperlihatkan kewajaran aspek ekonomi halal itu perlu diberikan perhatian dan diperbetulkan.

Rafidah berkata, tidak perlu ada suruhanjaya baharu untuk mengawal selia dan mempromosi industri itu memandangkan Halal Development Corporation yang ditubuhkan pada 2006 sudahpun memenuhi tujuan itu.

Beliau menambah kerajaan kekurangan hala tuju dalam memimpin negara dan lebih banyak penyelarasan dan pertimbangan diperlukan sebelum ia menghasilkan dasar atau entiti baharu. – 30 Mei, 2022.


APA LAGI

CARA NAK

TUNJUK ALIM

LAGI WARAK

KAH KAH KAH

HAJI DAH GI

BATU ITAM 

DAH CIUM

UMRAH SELALU

ULANG ALIK

KAH KAH KAH

NANTI RASUAH

JUGA AKAN

PATUH SHARIAH

KAH KAH KAH

BILA ULUR DUIT

RASUAH

WAJIB ADA

AIR SEMBAHYANG

KAH KAH KAH 

BILA TERKENTUT

 LEPAS AMBIL DUIT

RASUAH WAJIB

TONGGENG 

KE LANGIT

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau Malaysia mengalami kemusnahan, memang patut, memang wajar. Leadership yg sasul...konon nak alim, tapi memusnahkan negara adalah...cuba yg buat jenayah masuk jel, yg makan rasuah didakwa dan dipenjarakan...yg membunuh dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.

Poodah lah Malaysia!