Isnin, 30 Mei 2022

SYABAS KELANTAN !!!

 



Kelantan berjaya tanam 4.2 juta pokok tahun lepas, kata MB

KERAJAAN Kelantan berjaya menanam 4.2 juta pokok di seluruh negeri sepanjang tahun lepas menerusi Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, kata Menteri Besar Ahmad Yakob.

Beliau berkata jumlah tersebut meletakkan Kelantan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran penanaman 15 juta pokok dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Kesemua pokok ini telah ditanam menerusi pelbagai program melibatkan seluruh lapisan masyarakat yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Kelantan, agensi awam, pihak swasta, badan bukan kerajaan serta orang perseorangan. 

“Jumlah pokok yang ditanam oleh Kelantan pada tahun lepas merupakan tertinggi di Semenanjung serta ketiga tertinggi di Malaysia selepas Sarawak dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Perasmian Program Penanaman Sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Maahad Tahfiz Daril Ulum, Kampung Meranti, di Pasir Mas hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Abdul Khalim Abu Samah.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata sehingga kini, hutan simpan kekal di Kelantan adalah seluas lebih 629,000 hektar bersamaan dengan 42 peratus dari keluasan tanah negeri. – Bernama, 30 Mei, 2022.

SYABAS 

TAHNIAH

KELANTAN

AMIN

DAH ADA

KESEDARAN

AMIN

TAPI JANGAN

TERUSKAN KERJA

MENEBANG

HUTAN

AMIN

TANAM 4 JUTA

TEBANG 7 JUTA

INI KERJA BODOH

AMIN

POKOK NAK

TUMBUH PULUHAN

TAHUN

AMIN

POKOK PUNCA

NYAWA MANUSIA

TANPA POKOK

TAKDA UDARA

KHALAS


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebagian Besar Oksigen Diproduksi di Laut

Maine, Gatra.com - Kebakaran hutan Amazon sering dianggap merusak kadar oksigen. Amazon juga dianggap sebagai salah satu produsen oksigen terbesar di bumi. Namun, ternyata, pasokan oksigen terbesar bukanlah berasal dari suatu hutan, melainkan dari laut.

"Hampir semua oksigen yang bisa hirup di sesungguhnya berasal dari lautan, dan ada cukup cadangan oksigen untuk bertahan hidup setidaknya selama jutaan tahun," ucap profesor ilmu geologi Universitas Maine, Scott Denning, yang dilansir Live Science.

Tanpa Nama berkata...

Tanam tauge boleh berapa juta nak. Pokok jugak

Tanpa Nama berkata...

Tanam pokok apa smpi 4 juta??? Pokok serai ke pokok lalang?
Lebai klu bbual, bulan pon leh gugur.. Problem air tetap sama..

panglimo potaseh berkata...

Luas Kelantan Darol Moskow 4 juta ekar ..tanam pokok balak 4 juta ekor ..bunyi macam memain je. Balak ambil masa 70 tahun baru boleh di sunatkang ..kahkahkah ..3 kali kiamat tu baru boley potong