Isnin, 30 Mei 2022

KENAPA MASIH IKUT UNDANG2 BAGINDA QUEEN

 


Bekas polis, tentera dicadang jadi penguat kuasa kawal salah guna ketum, kata Zahidi

KERAJAAN dicadangkan untuk melibatkan penyertaan bekas tentera dan polis yang dapat bertindak sebagai sebahagian “penguat kuasa” mengawal penyalahgunaan daun ketum dalam kalangan rakyat di negara ini sekiranya penanaman pokok ketum dibenarkan bagi tujuan perubatan.

Penaung Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM) Perlis Zahidi Zainul Abidin berkata tugas pengawalan dan penguatkuasaan ketum boleh dibantu pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada bekas tentera dan polis sekali gus ia akan memudahkan urusan kerajaan membanteras penyalahgunaan ketum.

“Sekarang ini saya tengah bincang dengan Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) dan kita telah melantik bekas pegawai tinggi polis (bahagian) narkotik, dan buat masa ini saya tidak mahu sebut nama lagi bersama jawatankuasa bekas tentera dan polis untuk memberi cadangan kepada saya untuk saya kemukakan kepada Menteri Kesihatan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata demikian kepada pemberita pada Jamuan Aidilfitri PVTUDM Perlis di Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh dekat Kangar hari ini.

Pada April lepas, dalam laporan media Zahidi dipetik sebagai berkata perbincangan mengenai kebenaran penanaman ketum untuk tujuan perubatan mendapat “lampu hijau” daripada kerajaan apabila Kabinet tidak mempunyai halangan dan sudah memberikan kebenaran untuk satu perbincangan dilakukan pihaknya yang mewakili Parlimen Padang Besar bersama Menteri Kesihatan berhubung isu itu.

Mengulas lanjut, Zahidi berkata jika kerajaan meluluskan tanaman ketum itu ia juga dapat membantu pesara tentera dan polis menjana pendapatan selain mengharapkan wang pencen melalui kaedah mengusahakan tanah mereka dengan tanaman berkenaan.

“Permintaan dunia untuk ketum cukup besar daripada segi perubatan. Negara jiran kita dapat pendapatan besar daripada ketum ini, jadi jika kerajaan benarkan pokok ketum ditanam ia akan memberi manfaat kepada pekebun kecil getah misalnya yang mana jika harga getah jatuh boleh membantu mereka dapat pendapatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sempena Hari Wartawan Nasional yang diraikan hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan wartawan yang bertugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.

“...dan juga mereka (wartawan) berkorban untuk sampaikan maklumat kepada masyarakat termasuk sanggup ke tempat peperangan dan ada wartawan yang terbunuh…begitu besar pengorbanan wartawan kepada masyarakat.

Kementerian (Komunikasi dan Multimedia) menghargai jasa wartawan dengan memikirkan macam mana cara untuk membalas jasa wartawan dan menjaga kebajikan wartawan…kami akan sentiasa berusaha membalas jasa wartawan,” katanya. – Bernama, 29 Mei, 2022.

INI KERJA

BODOH GUNA 

ORANG  PENCEN

AMIN

YANG WAJIB

DILAKUKAN 

BEBASKAN KETUM

DARI UNDANG2

BAGINDA QUEEN

AMIN

JADIKAN KETUM

SATU INDUSTRI

PERUBATAN NEGARA

AMIN

BERI DANA

UNTUK JADIKAN

MALAYSIA PUSAT

KAJIAN KETUM

DUNIA MACAM

TANAMAN GETAH

AMIN

JADIKAN KETUM

BAHAN EXPORT

SETARAF DGN

MINYAK SAWIT

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sawit diboikot oleh us barat.. industri getah kondom diboikot oleh us barat... cuma nasib baik rusia serang barat. maka rantaian bermasalah.. apakah baginda queen akan berdiam diri..

terima kasih rusia..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Tahu kenapa negara tak boleh maju? Nak maju selangkah ada banyak ketam tarik berek sampai idea luncai, kah kah kah ini lah Melayu kita amin

Tanpa Nama berkata...

Industri rasuah di perluaskn lagi..

Tanpa Nama berkata...

Dulu kita ada RRI( Rubber Research Institute ) dgn penyelidik yg profesional. Skrg kita patut tubuhkan KRI ( Ketum Research Institute ) mengunakan tenaga muda lulusan biochemistry yg ramai menganggur. Kita boleh jd pendahulu dlm industri baru ini. Toksah lah gajikan polis pencen sbb dorang ni old school dgn minda mkn gaji je.