Jumaat, 6 Mei 2022

PROJEK KURANGKAN PENDUDUK DUNIA

 



Berjaga-jaga, ‘hepatitis akut tidak diketahui penyebab’ serang kanak-kanak

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) telah mempertingkatkan pemantauan terhadap jangkitan hepatitis akut di semua klinik kesihatan dan hospital.

Ia berikutan seramai 169 kanak-kanak di 12 buah negara dijangkiti ‘hepatitis akut yang tidak diketahui penyebabnya, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mangsa jangkitan terdiri dalam kalangan kanak-kanak berusia satu bulan hingga 16 tahun.

United Kingdom melaporkan bilangan kes tertinggi iaitu 114, selain Sepanyol, Israel, Amerika Syarikat, Denmark, Ireland, Itali, Perancis, Norway, Belgium dan Romania yang turut dilanda jangkitan hepatitis itu.

Sehingga 21 April lalu satu kematian telah dilaporkan

Jelas Khairy lagi, sebanyak 10 peratus daripada 169 kes memerlukan pemindahan hepar (hati).

Hepatitis tersebut dikategorikan sebagai ‘hepatitis akut yang tidak diketahui penyebabnya’ kerana punca lazim penyakit itu tidak dapat dikesan melalui ujian makmal.

Bagaimanapun, menurut WHO sebanyak 74 kes yang dilaporkan dikesan positif adenovirus dan 20 kes dikesan positif SARS-CoV-2.

“Sehubungan itu, KKM telah mempertingkatkan survelan (pemantauan) bagi hepatitis akut di semua klinik kesihatan dan hospital dengan menggunakan definisi kes yang telah dipersetujui oleh pakar-pakar perubatan klinikal dan kesihatan awam.

“Protokol rujukan dan pengurusan kes ‘hepatitis akut yang tidak diketahui penyebabnya sedang dibangunkan,” katanya.

Sementara itu, pengamal perubatan di klinik kesihatan kerajaan dan swasta diminta untuk merujuk kanak-kanak berusia satu bulan hingga kurang 18 tahun ke hospital sekiranya menunjukkan beberapa petanda untuk pengurusan kes.

Simptom terbabit termasuk gejala jaundis dan gejala lain hepatitis akut seperti hilang selera makan, loya, muntah, kelesuan atau air kencing berwarna gelap.

Kata Khairy, ketika ini terdapat seorang kanak-kanak lelaki warganegara Malaysia di Sabah berusia 4 tahun 11 bulan dengan gejala terbabit telah mendapatkan rawatan pada Mac lalu.

Kanak-kanak itu mengalami gejala jaundis, demam, kurang selera makan, loya dan muntah.

“Selanjutnya dilaporkan fungsi hepar kanak-kanak ini semakin merosot sehingga memerlukan transplansi hepar pada 30 Mac di sebuah hospital di Lembah Kelang.

“Kanak-kanak ini telah discaj dari hopsital pada 21 April dalam keadaan sihat,” katanya.

Menurut Khairy, siasatan awal mendapat kanak-kanak berkenaan hanya mempunyai sejarah jangkitan SARS-CoV-2.

Siasatan masih dijalankan sama ada kes kanak-kanak terbabit memenuhi kriteria ‘hepatitis akut yang tidak diketahui penyebabnya’.

Khairy menasihatkan ibu, bapa dan penjaga kepada kanak-kanak yang mengalami gejala terbabit untuk segera membawa jagaan mereka ke fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan

AWAS !!!

JAGA JAGA

AMIN

VIRUS WUHAN

BUNUH ORANG TUA

AMIN

SEKARANG SATU

LAGI VIRUS BARU

KHUSUS SERANG 

KANAK KANAK

KHALAS

APAKAH INI

PROJEK KURANGKAN

PENDUDUK DUNIA

KHALAS

Tiada ulasan: