Khamis, 26 Mei 2022

ZURAIDA LETAK JAWATAN

 

Zuraida letak jawatan menteri, sertai PBM

ZURAIDA Kamaruddin dijangka meletak jawatan sebagai menteri selepas memutuskan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam satu kenyataan itu berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob “secepat mungkin untuk membincangkan peletakan jawatannya” sebagai menteri.

“Saya juga akan berbincang dengan beliau mengenai peranan dan hala tuju PBM dalam memperkasakan Keluarga Malaysia. Saya yakin sepenuhnya dengan kebijaksanaan Yang Berhormat perdana menteri,” katanya.

Zuraida sebelum ini keluar daripada PKR dan menyertai Bersatu sekali gus mengakibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020.

Beliau dilantik sebagai menteri dalam kerajaan baharu Perikatan Nasional dan mengekalkan jawatannya dalam kabinet selepas Ismail Sabri menggantikan Muhyiddin Yassin pada Ogos tahun lepas.

Terdapat ura-ura beliau akan menyertai PBM dan meninggalkan Bersatu beberapa bulan lepas. Ini menjadi perbualan hangat hingga terdapat desas-desus mengatakan beliau dipecat.

Zuraida menyandang kerusi Ampang selama 14 tahun. Semasa bersama PKR pada 2018, beliau dilantik sebagai menteri perumahan dan pembangunan tempatan, jawatan yang disandangnya sehingga kejatuhan Pakatan Harapan pada 2020 akibat Langkah Sheraton.

Beliau kini berada di Turki untuk persidangan antarabangsa dan akan kembali pada 2 Jun, dan akan bertemu perdana menteri selepas itu.

Zuraida juga berkata beliau percaya dengan perjuangan PBM dan tertarik dengan prinsip terasnya iaitu penglibatan berbilang kaum, pemerkasaan wanita, pemerkasaan belia, pembangunan ekonomi, pendidikan dan kemajuan sains dan teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

“Saya melihat banyak potensi dalam PBM, terutama ketika rakyat Malaysia sudah bosan dengan politik lama yang membantutkan kemajuan negara.

“InsyaAllah, penyertaan serta pengalaman saya akan membantu memacu PBM ke tahap yang lebih tinggi, terutama menjelang pilihan raya umum akan datang. Penyertaan saya juga akan membantu mengisi kekosongan kepimpinan wanita di negara ini.

“Sejak penubuhannya, PBM semakin kukuh dan kini mempunyai beberapa ahli Parlimen dan Adun dalam barisannya”

Beliau menambah pendiriannya sebagai ahli Parlimen Ampang adalah selari dengan pendirian PBM iaitu menyokong kerajaan ketika itu yang dipimpin Ismail Sabri. – 26 Mei, 2022.

KALAU HANYA

KERANA PARTI

KITA TABEK

AMIN

YANG PENTING

PARTI UNTUK

WADAH BERJUANG

AMIN

BUKAN KERUSI

MENTERI

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini sampah..cuba tengok result spm si mak lampir vampire.