Khamis, 2 Jun 2022

BANJIR KERAP BERLAKU


426 mangsa banjir terjejas di Gurun 

SERAMAI 426 mangsa daripada 111 keluarga dilaporkan terjejas akibat banjir yang melanda tujuh kampung di sekitar Gurun dekat Sungai Petani kira-kira pukul 4 pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapt (PA) Azahar Ahmad berkata setakat pukul 2 petang ini, sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir yang terjejas itu.

“PPS surau Kampung Sungai Bongkok yang dibuka pukul 10.37 pagi tadi menempatkan seramai 176 mangsa daripada 44 keluarga manakala PPS Masjid Gurun Jaya yang dibuka pada 12.29 tengah hari tadi pula menempatkan 250 mangsa daripada 67 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, terdapat 75 rumah yang terjejas banjir membabitkan mangsa dari Kampung Jelatang, Kampung Batu 5, Kampung Sungai Bongkok dan Taman Gurun Jaya.

“Kawasan lain seperti Kampung Sungai Ibor, Kampung Belakang Mahkamah Gurun dan Kampung Sungai Badak masih dalam proses pengumpulan maklumat mangsa banjir,” katanya.

Bernama sebelum ini melaporkan sebanyak tujuh kampung di mukim Gurun terjejas akibat banjir kilat awal pagi tadi, susulan hujan lebat berterusan yang turun melebihi tiga jam. – Bernama, 2 Jun, 2022.

BANJIR AKAN

KERAP BERLAKU

DILUAR MUSIM

AMIN

 LEBIH GANAS

LEBIH AMPOH

LEBIH BAHAYA

AMIN

TEMPAT TAK

PERNAH KENA

BANJIR PUN AKAN

DILANDA BANJIR

KHALAS

INI MALAPETAKA

CUACA

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tolong sedarkan masyarakat tentang planet ini hanya ada satu, tiada bidadari tiada api kat neraka sebab tiada oxygen..sebarkan dokumentari "Breaking Boundaries"..kita ada masa sampai 2030 Sahara.