Rabu, 22 Jun 2022

HASUT SUSUN BAWA KE JALAN RAYA



Orang Asli Gua Musang mohon injuksi hentikan projek empangan Nenggiri

ORANG Asli yang terjejas akibat pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan akan memohon perintah injunksi daripada mahkamah untuk menghentikan projek yang menenggelamkan kawasan hutan dan tanah adat mereka.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Mustafa Along berkata mereka membantah projek itu kerana ia akan menenggelamkan lebih lima ribu hektar kawasan petempatan Orang Asli termasuk tanah adat.

“Rancangan pembinaan empangan ini akan diteruskan oleh kerajaan negeri dan kami akan tetap dengan usaha kami di dalam menghentikan pelaksanaan projek ini.

“JKOAK akan mengambil tindakan mahkamah jika perlu, permohonan injuksi akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menurut Mustafa, permohonan perintah mahkamah itu akan dibuat selewat-lewatnya bulan depan.

“Banyak dokumen yang perlu disemak oleh peguam sebelum permohonan injuksi dibuat, selewat-lewatnya bulan depan.

“Apabila permohonan dibuat JKOAK akan mengadakan sidang media juga,” katanya.

Tindakan mahkamah ini bukan yang pertama seumpamanya. Pada Mac 2021, tiga individu – Ahak Uda, Aziz Angah dan Anjang Uda – mewakili 200 penduduk suku Temiar di Kampung Kelaik, Gua Musang mendapat perintah injuksi sementara menyekat kerajaan Kelantan daripada meneruskan kegiatan pembalakan, perlombongan, dan perladangan di kawasan yang mereka tuntut sebagai tanah adat.

Badan yang diketuai Mustafa mewakili 3,000 penduduk Orang Asli di 17 wilayah di Kelantan.

Awal bulan ini, Mustafa bersama 100 wakil Orang Asli menghantar memorandum ke Putrajaya yang diterima pegawai khas Perdana Menteri, Muhammad Faizal Sufar.

Memorandum itu disertai penduduk dari kawasan Balar, Belatim, Kampung Kuala Bering, Hau, Pulat, Tohoi dan Gob.

Mereka bimbang empangan itu akan menjejaskan ekosistem alam sekitar, sosioekonomi, cara hidup, sejarah serta adat budaya masyarakat Orang Asli di Gua Musang.

“Sekiranya diteruskan projek ini akan menenggelamkan kawasan nilai sejarah penting Orang Asli Temiar iaitu Gua Cha dan Gua Chawas yang menjadi bukti kewujudan awal komuniti Orang Asli Temiar selain mempunyai artifak yang membentuk kronologi sejarah awal Kelantan,” kata Mustafa.

Projek itu dilancarkan melalui majlis pecah tanah pada 13 Jun lalu. Projek bernilai RM5 bilion itu dijangka membekalkan 320 megawatt elektrik.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan dilapor berkata empangan Nenggiri dijangka mula menjana elektrik pada pertengahan 2027 serta akan meningkatkan kapasiti elektrik tenaga boleh baharu (TBB) di Semenanjung Malaysia. – 22 Jun, 2022.


HASUT SUSUN

ATUR BAWA

RAKYAT 

KE JALAN RAYA

AMIN

HANYA POLITIK

JALAN RAYA

MENENTU SAPA

MENANG 

PILIHAN RAYA

AMIN

TAK TURUN 

JALAN RAYA

TAK MENANG

PILIHAN RAYA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS piss puss nak buat empangan? Hahaha...payah la ambik 30 tahung baru siap kirna semua kena ikut syariah...projek bangang kan senang bila banjir sedut simpan dalam tangki..