Rabu, 22 Jun 2022

SAKSI BERKATA JUJUR



Najib tak buat apa-apa AS$700 juta dipindahkan kepada Good Star, kata saksi

NAJIB Razak tidak mengambil sebarang tindakan apabila mendapat tahu AS$700 juta dipindahkan kepada Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Low Taek Jho, kata bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah di mahkamah hari ini.

“Jumlah itu dibayar kepada Good Star dan saya bertanya kepada Najib mengapa.

“Beliau kata mereka kena bayar PetroSaudi International dan saya tanya kenapa tak bayar terus? Beliau mendiamkan diri,” kata Husni kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan rasuah Najib kerana menyeleweng RM2.28 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Husni menambah: “Tiada tindakan daripadanya, apabila saya memberitahunya. Beliau adalah perdana menteri, beliau sepatutnya bimbang mengenai kewangan negara.


“Jika orang lain, mereka akan bertindak. Beliau (Najib) tidak buat apa-apa. Beliau pengerusi lembaga penasihat.”

Husni, saksi ke-20 pihak pendakwaan berkata, sesuatu sepatutnya dilakukan kerana ia akan menjejaskan kedudukan kewangan negara.

Sebelum ini, bekas pengerusi lembaga pengarah (BOD) 1MDB Mohd Bakke Salleh juga memberi keterangan beliau tidak mendapat jawapan daripada Najib selepas menunjukkan AS$700 juta sudah dipindahkan.

Bakke memberi keterangan beliau menghantar SMS kepada menteri kewangan dan perdana menteri ketika itu daripada telefon BlackBerrynya selepas mesyuarat BOD 1MDB pada 26 September 2009, untuk memberitahunya mengenai pemindahan AS$700 juta kepada Good Star Ltd. Syarikat itu dikatakan sebagai ahli gabungan PetroSaudi International, yang mana 1MDB mempunyai usaha sama.

Bakke berkata, beliau tidak pernah mendapat jawapan daripada Najib.

1MDB membuat pinjaman AS$1 bilion daripada Deutsche Bank untuk mendapatkan pegangan saham 40% dalam projek usaha sama 1MDB-PetroSaudi.

Lembaga Pengarah 1MDB bersetuju wang itu dihantar dalam satu transaksi dengan penerimanya bank BSI.

Bagaimanapun selepas itu, AS$300 juta dihantar kepada syarikat JV, manakala AS$700 juta diserahkan kepada Good Star di RBS Coutts Bank.

Semalam, seorang bekas jurubank di Deutsche Bank memberi keterangan 1MDB menggesa bank itu mempercepatkan pemindahan dan juga merahsiakan identiti penerima.

Peguam Najib, Shafee Abdullah, bagaimanapun menegaskan Najib yang juga pengerusi lembaga penasihat (BOA), tidak mempunyai sebarang kuasa.

Shafee menegaskan menurut memorandum dan artikel persatuan (M&A) 1MDB, BOA diberi kuasa oleh BOD dan tidak boleh bertindak sendiri. Ini juga menjangkau Najib sebagai pengerusi, kata Shafee.

“BOA tidak mempunyai kuasa, mereka hanya menasihati.

“Kuasa berada di tangan BOD dan mereka mengarahkan pengurusan untuk mendapatkan semula AS$700 juta,” kata peguam bela itu.

Husni bagaimanapun menegaskan Najib, sebagai perdana menteri, masih boleh melakukan sesuatu mengenainya.

“Najib tidak bimbang mengenai perkara ini,” ulang Husni.

“Walaupun beliau kata tiada campur tangan (dalam 1MDB), saya ada jumpa beliau beberapa kali.

“Sebagai PM, beliau boleh ambil tindakan. Beliau boleh memanggil pihak pengurusan, tetapi tiada tindakan. Jika saya menjadi pemimpin tertinggi, saya akan terkejut dan mengambil tindakan,” katanya.

Husni akan menyambung keterangan esok bagi pemeriksaan semula oleh ketua pendakwa raya Gopal Sri Ram.

Najib menghadapi 25 pertuduhan, empat bagi salah guna kuasa dan 21 untuk pengubahan wang haram, yang didakwa dilakukan antara 2011 dan 2013. – 22 Jun, 2022.

SAKSI BERKATA

BENAR

AMIN

IKUT KATA SAKSI

JELAS NAJIB INI

BODOH

OPPS ... SILAP

NAJIB INI JUJUR

TAK BUAT APA2

BILA NAMPAK 

DUIT JUJUTA $$$

DALAM BANK

AMIN

NAMPAK

KEBANGANGAN

NAJIB...OPPSS

SILAP NAMPAK

NAJIB LICIK NAK

MENCURI DUIT

DEMI ROSMAH

DAN ZIANA

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT tumpang tanya. MP Cheras dan MP evangalist Segambut boleh pakai lagi kah?