Sabtu, 18 Jun 2022

MADEY TAK FAHAM



Dr Mahathir jelaskan 

mengapa ‘tidak molek’
 
undang Najib

 ke istana

Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata “banduan” tidak sepatutnya diundang ke istana, sehari selepas ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tindakan istana mengalu-alukan bekas perdana menteri Najib Razak ke majlis rasminya.

“Pandangan saya banduan tidak sepatutnya dijemput ke istana. Ia tidak betul dan tidak molek.

“Ia seolah-olah menunjukkan seorang yang disabitkan kesalahan jenayah mendapat sokongan dari pihak istana,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, pandangan yang sama turut disuarakan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, mempersoalkan tindakan istana yang dilihat tidak selari dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai bahaya rasuah.

Hassan mempersoalkan kakitangan istana yang gagal menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk tidak mengundang Najib.

“Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai akses kepada Peguam Negara yang bertindak sebagai peguam kepada kerajaan.

“Tidak ada sesiapakah yang berani tampil ke depan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya jangan menjemput bekas perdana menteri Najib Razak (seorang pesalah rasuah) ke Istana Negara?” kata Hassan dalam sebuah hantaran Facebook.

Najib yang merupakan ahli Parlimen Pekan disabitkan kesalahan di Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 bagi tujuh pertuduhan berkait penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Beliau dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta.

Pada Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan turut mengekalkan sabitannya dan beliau kini dalam proses merayu di Mahkamah Persekutuan.

Najib menerima undangan Aidilfitri di Istana Abdul Aziz di Kuantan, Pahang pada 4 Mei lalu.

Sebelumnya, beliau turut diundang bagi majlis berbuka puasa bersama Agong, ahli Kabinet dan diplomat asing di Istana Negara pada 18 April.

“Najib Razak bekas perdana menteri dan ahli politik yang senior sepatutnya sedar dan mengambil inisiatif menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya tidak menjemput beliau ke Istana Negara bersandarkan latar belakang bahawa beliau didapati bersalah oleh mahkamah,” kata Hassan.

MADEY NI

TAK FAHAM

AMIN

DARI SINI

MULANYA KONSEP

BRAHIM PENDEK

KAH KAH KAH

INI KONSEP

BARU MUCUL

DARI MELBOURNE

AUSTRALIA

KAH KAH KAH

MADEY INI TAK

MERAYAU DALM

INTERNET TU

PASAL TAK JUMPA

KONSEP 

DOLAH PENDEK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: