Sabtu, 18 Jun 2022

KITA PERLU TENAGA KERJA



Sindiket bawa masuk PATI berlaku setiap malam

JOHOR BAHRU – Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) berlaku setiap malam sejak sempadan antarabangsa dibuka pada April lalu.

Masa dipilih untuk membolosi perairan negara antara jam 8 malam hingga 4 pagi, kata Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim  Mohd Zubil Mat Som.

“Bagaimanapun cubaan sindiket ini kebanyakannya berjaya kita patahkan menerusi operasi bersepadu dengan melakukan kawalan dan rondaan di kawasan sempadan perairan negara.

“Biasanya bila mereka (PATI) patah balik, mereka akan cuba lagi, ini akan dilakukan secara berterusan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlid Penyerahan Rigid Hull Fender Boat (RHFB) Kelas Pertama di Berjaya Waterfront Hotel hari ini.

Mohd Zubil berkata, kemasukan warga asing ini berlaku kerana terdapat permintaan (pasaran kerja) dalam sektor-sektor seperti perkilangan, pertanian dan perladangan.

Mohd Zubil sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU)  antara Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Shaiful Lizan Ibrahim dengan Pengerusi Dalac Marine Engineering dan Services Sdn Bhd,  Zakaria Yusof bagi penyerahan RHFB itu.

Beliau berkata, pihak maritim melakukan 442 tangkapan atas pelbagai kesalahan dan merekodkan RM55.8 juta hasil rampasan mulai awal tahun sehingga 10 Jun lalu.

Jumlah berkenaan adalah hasil daripada 76,026 pemeriksaan dijalankan, selain 12,764 penggeledahan dilakukan dalam tempoh berkenaan.

Menurut rekod, sebanyak 46 kes kesalahan pencerobohan bot nelayan asing membabitkan 405 kru, 80 kes berkaitan Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO), 31 kes lagi berkaitan penyeludupan dadah, ketum dan rokok.

Selain itu, 93 kes merekodkan penyeludupan pelbagai termasuk PATI.

 KITA PERLU

TENAGA KERJA

AMIN

MEREKA CARI

KERJA

AMIN

ADA TITIK

PERTEMUAN

YANG BOLEH

DIURUS DENGAN

BAIK

AMIN

RASUAH DAN

MENTERI NAK

CARI DUIT UNTUK

KEMPEN POLITIK

MENJADIKAN

MEREKRUT TENAGA

KERJA JADI

KACAU TERGUGAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: