Sabtu, 18 Jun 2022

ANGKA KOBID NAIK KEMBALI


2,130 kes baharu Covid-19, satu kematian

MALAYSIA mencatatkan 2,130 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sejak permulaan wabak itu kepada 4,536,795.

Satu kematian berkaitan virus turut direkodkan semalam, menjadikan jumlah kematian kepada 35,731.

Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 776, diikuti Kuala Lumpur (553) dan Pulau Pinang (168).

Perak merekodkan 148 kes diikuti Sabah (115), Negeri Sembilan (82), Johor (60), Melaka (54), Sarawak (53), Kedah (44), Pahang (26), Putrajaya (22), Terengganu (14), Kelantan (11) dan Perlis (4).

Labuan tidak melaporkan sebarang kes baharu.

Satu-satunya kes kematian dilaporkan di Sarawak.

Kes aktif meningkat kepada 25,626 apabila 1,080 pulih daripada penyakit itu.

Antara kes aktif, 24,585, atau 95.9%, daripadanya menjalani kuarantin di rumah, 13 (0.1%) di pusat kuarantin berisiko rendah, dan 993 (3.9%) di hospital.

35 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 18 Jun, 2022.


 

AWAS !!!

K.L & SELANGOR

PALING BANYAK

AMIN

IKUT C.U.H

CARA UNTUK

HIDUP

KHALAS

Tiada ulasan: