Sabtu, 25 Jun 2022

PROJEK KURANGKAN MANUSIA MASIH BERJALAN


Gelombang baharu Covid-19 dijangka berlaku lebih awal, kata Khair

MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata gelombang baharu jangkitan Covid-19 di negara ini dijangka berlaku lebih awal daripada jangkaan dua hingga tiga bulan akan datang berdasarkan peningkatan kes harian.

Khairy bagaimanapun berkata negara bersedia menghadapi gelombang baharu Covid-19 dan menegaskan kenyataannya bukan untuk menakutkan rakyat tetapi lebih kepada langkah pencegahan supaya dapat mengawalnya ketika fasa peralihan ke endemik kini.

“Saya rasa mungkin gelombang itu lebih awal berdasarkan kepada ramalan yang kita sedang buat. Contohnya hari ini, kes sudah melebihi 2,700 kes, sebelum ini paras kita 1,000 hingga 2,000 kes tetapi sejak dua tiga hari ini, kes melebihi 2,000.

Selain itu kes meningkat dengan dua kluster baharu dan semua negeri menunjukkan peningkatan kes, kecuali di Selangor, Johor, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan menunjukkan sedikit penurunan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perkhidmatan Otorinolaringologi (ORL) dan ‘Makmal Tidur’ di Hospital Rembau di Rembau hari ini.

Khairy sekali lagi menyarankan warga emas berusia 60 tahun ke atas agar mengambil dos penggalak vaksinasi Covid-19 sebagai persediaan menghadapi gelombang seterusnya.

Media sebelum ini melaporkan Khairy berkata gelombang baharu diramalkan akan berlaku dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

“Walaupun sudah masuk ke fasa peralihan, Covid-19 belum berakhir masih ada dengan kita, ini kita perlu lalui. Sebab itu banyak langkah-langkah pencegahan kesihatan awam masih dikekalkan,” katanya.

Dalam pada itu Khairy berkata tiada jangkitan kes cacar monyet dilaporkan di negara ini setakat ini. – Bernama, 23 Jun, 2022.

LAGI KENA  DOS

PENGGALAK

AMIN

LAGI KAYA TOKAN

JUAL UBAT

AMIN

LAGI DEKAT

PRU LAGI

LAGI 

BANYAK DUIT

NAK PAKAI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dos penggalak ni perlu utuk mengalakan dos sebelum ini. Lepas dos penggalak kedua kita kena ambek pulak dos penggalak ketiga bg menggalakan dos kedua. Akhir sekali syarikat pengeluar dos penggalak dan wakil tempatan yg impot dos penggalak pun naik gelak.