Sabtu, 4 Jun 2022

SABRI TERTEKAN


PM terhimpit untuk ganti atau tidak portfolio Zuraida, kata penganalisis

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengosongkan portfolio perusahaan perladangan dan komoditi sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata penganalisis.

“Tugas pertama Ismail Sabri, beliau kena elak konflik dengan Bersatu sebab beliau perlukan sokongan mereka untuk adakan PRU tahun ini selain tekanan puak Ahmad Zahid Hamidi,” kata Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya.

Beliau berkata kedudukan Ismail Sabri kini goyah kerana memerlukan sokongan Perikatan Nasional, Pakatan Harapan dan Gabungan Parti Sarawak untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga PRU nanti.

Malah dengan desakan kumpulan Ahmad Zahid untuk adakan PRU lebih awal, Ismail Sabri memerlukan semua bantuan yang boleh beliau dapat bagi mengelak daripada dipaksa untuk bubarkan Parlimen sekarang.

“PBM (Parti Bangsa Malaysia) masih sebuah parti kecil dengan cuma tiga ahli Parlimen, walau selepas Zuraida Kamaruddin sertai mereka. Oleh itu, mustahil Ismail Sabri akan tenteramkan PBM dengan kekalkan Zuraida yang baru keluar Bersatu minggu lepas,” kata Awang Azman.

Tambahnya Ismail Sabri mungkin akan membiarkan portfolio itu kosong sehingga PRU tahun depan.

“Atau juga (Ismail Sabri) mengambil alih portfolio tersebut kerana perdana menteri sebelum ini juga pernah pegang dua portfolio.”

Antara perdana menteri yang pernah memegang dua portfolio termasuk Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih jawatan pendidikan selepas Dr Maszlee Malik letak jawatan pada 2019 selain Najib Razak yang memegang jawatan menteri kewangan.

Semasa era Barisan Nasional, Dr Mahathir juga pernah memegang jawatan menteri kewangan selepas Anwar Ibrahim dipecat pada 1998.

Selain Dr Mahathir dan Najib, Anwar dan isterinya Dr Wan Azizah Wan Ibrahim juga memegang portfolio kewangan dan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat semasa mereka menjadi timbalan perdana menteri.

Pensyarah sains politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar juga percaya Ismail Sabri tidak akan melantik sesiapa untuk mengisi jawatan Zuraida.

“Ia satu keputusan yang sangat sukar kerana ada desakan daripada Bersatu dan Umno,” katanya.

Malah Tunku Mohar berkata perdana menteri berkemungkinan besar akan biarkan kerusi itu kosong sehingga PRU akan datang.

“Beliau tidak boleh tahan Zuraida kerana Bersatu akan marah dan beliau juga tidak boleh ganti dengan ahli Parlimen Umno kerana ia juga akan mengganggu Perikatan. Oleh itu, pertaruhan paling selamat ialah membiarkannya kosong sehingga PRU15,” kata Tunku Mohar.

Zuraida minggu lepas umum akan letak jawatan daripada Bersatu untuk bersama PBM.

Ahli Parlimen Ampang itu juga merancang untuk meletakkan jawatan sebagai menteri. Namun, pada Rabu Ismail Sabri memberitahu pemberita beliau akan putuskan peletakan jawatannya selepas bertemunya selepas Zuraida kembali dari luar negara minggu ini. – 4 Jun, 2022.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

 SATU BEBAN

TAMBAHAN

KAH KAH KAH

TELAN TERCEKIK

TAK TELAN 

TERBARAI

KAH KAH KAH

SATU LAGI

SYARAT UNTUK

DALAM SYARATON

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terjdi macam ni, semua duk sibuk isi jawatan. Cuba renung sekejap, kàlu tak isi jawatan yang Mek Lampir kosongkan tu, boleh huru hara kah negara, harga sawit merudum smpai rm100 ke satu tan. Kàlu tak, jangan duk sibuk isi lah, jimat duit kerajaan. Ini nak lantik Wan Saiful PPTN jadi Menteri, apa jasa yang beliau dah buat. Nak sangat, lantik je Pengerusi manax felda dalam negara ni, bebas dari pengaruh politik.