Sabtu, 4 Jun 2022

SAWAN DAN RASUAH MANA DULU ?


Pemandu sawan rempuh 9 kenderaan di Melaka

SEORANG wanita yang patah hidungnya merupakan antara enam yang cedera dalam nahas melibatkan 10 kenderaan dirempuh pemandu yang diserang sawan, ketika menunggu lampu isyarat di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh di Melaka malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata insiden pada  9.14 malam itu berlaku, ketika semua mangsa sedang menunggu di simpang empat lampu isyarat Taman Chiptaco berhadapan sebuah pasar raya.

Katanya siasatan awal mendapati ketika sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau, sebuah BMW dipandu lelaki berusia 38 tahun yang turut berhenti, tiba-tiba diserang sawan menyebabkan dia tertekan pedal minyak.

“Keadaan itu menyebabkan kenderaannya meluncur laju sebelum merempuh beberapa kenderaan lain yang sedang berhenti di hadapannya. 


“Pemandu berkenaan kemudian sekali lagi diserang penyakit itu, menyebabkan berlaku rempuhan kedua,” katanya dihubungi di Melaka hari ini.

Akibat insiden tersebut sembilan kenderaan lain dirempuh serta menyebabkan enam mangsa, iaitu pemandu dan penumpang berusia antara 20 hingga 73 tahun cedera ringan, termasuk pemandu Perodua Kenari wanita berusia 20 tahun mengalami patah hidung.

“Kesemua mangsa menerima rawatan di Zon Hijau dan Zon Kuning Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Bernama, 4 Jun, 2022.


SATU MALAYSIA

NAK TAHU

AMIN

PENYAKIT SAWAN

 SAMPAI

SESUDAH DIA

DAPAT LESEN

ATAU 

SAWAN TAK

DAPT DIKENAL

SEMUDAH UJIAN 

BUTA WARNA

AMIN

ATAU ADA REKOD

SAWAN TAPI

ADA RASUAH

BELI LESEN

AMIN

Tiada ulasan: